CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Demam scarlet landa Hong Kong

[Copy link]
Post time 28-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HONG KONG: Hong Kong kini dilanda bakteria tahan ubat yang tiada sejak menyerang banyak negara maju beberapa abad lalu iaitu demam scarlet  menyebabkan dua kanak-kanak maut setakat ini, seorang daripadanya di China, dengan bilangan kes mencapai 500.\rVirus bakteria penyebab demam scarlet juga disyaki sudah berubah atau melalui proses mutasi. Kemungkinan besar mutasi virus berlaku dan boleh berjangkit menyebabkan pegawai kesihatan pulau selatan China itu mengeluarkan amaran supaya tujuh juta penduduknya lebih sensitif terhadap apa jua penyakit berjangkit.\r\n\n\n\n\r  Pakar memberi amaran virus utama bakteria itu mudah berjangkit. Ia juga memiliki daya tahan ubat sehingga 60 peratus khususnya dua ubat yang biasa diberi kepada pesakit selain paras ketahanan sehingga 10 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n  Penyakit itu menyebabkan kanak-kanak demam, sakit tekak, lidah menjadi merah terang dan adanya ruam kecil.\rPenisilin masih boleh mengubatinya tetapi doktor bimbang kuman itu mampu bertahan dan berubah menjadi lebih kuat daripada antibiotik sebelum vaksin ditemui.\r“Ini punca banyak mimpi ngeri,” Dr Edward Kaplan yang mengetuai pusat penyelidikan kuman ‘strep’ (streptococcus) yang menyebabkan demam scarlet Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).\rKanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang mati bulan lalu menjadi mangsa pertama yang direkodkan akibat demam scarlet di Hong Kong dalam tempoh 10 tahun, sementara kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menemui ajal Selasa lalu.\r\n\n\n\n\rKedua-dua mangsa menjadi kritikal dengan cepat di hospital dan kematian berpunca daripada sindrom kejutan toksik akibat jangkitan. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list