CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

Israel sabotaj flotila Gaza

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rejim Zionis tuduh bot aktivis ada militan, bahan letupan\rSTOCKHOLM: Israel dilihat cuba mensabotaj misi baru menghantar bantuan ke Gaza oleh beratus-ratus aktivis dari Eropah, Amerika dan Asia dengan menuduh ada militan yang menyertai flotila itu dan mereka membawa bahan letupan dalam kapal meskipun penaja menegaskan peserta tiada niat langsung menyerang jika diserbu askar Yahudi.\r\n\n\n\n\rTanpa menunjukkan bukti, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata: “Adalah jelas mereka yang masih menyertai flotila kali ini adalah aktivis pengganas tegar.\r\r\n\n\n\n\n“Niat mereka sudah diketahui. Mereka akan berada dalam beberapa bot. Tetapi, saya yakin kami akan dapat menguruskan mereka.”\rAktivis Eropah dalam sidang akhbar mereka di Athens menuduh Greece akur kepada tekanan Israel apabila memberi ‘masalah pentadbiran’ kepada peserta.\rMereka menuduh Pusat Undang-Undang Israel dalang masalah tidak wajar itu apabila memberi nama bot dan nombor pendaftaran kepada pihak berkuasa Greece memeriksa sama ada bot terbabit ada lesen dan insurans.\r“Kami meminta kerajaan Greece membenarkan kami meneruskan misi,” kata Ann Wright, bekas pegawai Jabatan Negara yang menaiki kapal The Audacity of Hope, nama buku Presiden Barack Obama. \r\n\n\n\n\rBot itu akan membawa berpuluh-puluh aktivis Amerika termasuk Alice Walker, pengarang The Color Purple, novel yang memaparkan tema perkauman dan diskriminasi seks.\rMenyulitkan keadaan, sebuah daripada 10 kapal ke Gaza rosak selepas kipasnya dipotong. menyebabkan ketua aktivis Norway,  Torstein Dahle berkata insiden itu menunjukkan ada pihak sedia melakukan apa saja bagi menyekat flotila daripada belayar.’\rAntara aktivis yang terbabit kali ini termasuk dari negara Perancis, Sepanyol, Norway, Itali, Ireland, Belgium, Belanda, 50 aktivis tempatan selain 10 wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan media dari Malaysia.\rSementara itu, Kementerian Pertahanan Israel juga mencadangkan pembentukan sebuah mahkamah khas supaya menyokong tindakan merampas kapal yang menyertai flotila terbaru bagi menghalang misi seperti itu dilakukan pada masa depan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.385113 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list