View: 223|Reply: 0
|
Gabenor bank Afghanistan lari
[Copy link]
|
|
Qadir anggap siasatan rasuah sasar individu kanan kerajaan Kabul\rKABUL: Gabenor Bank Pusat Afghanistan dilaporkan meletak jawatan dan melarikan diri ke Amerika Syarikat, menyifatkan dirinya dalam bahaya kerana siasatan rasuah yang dilancarkan menyasar tokoh yang terbabit dengan kerajaan.\r\n\n\n\n\r Abdul Qadir Fitrat, Pengerusi Bank Da Afghanistan, membuat pengumuman itu dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat. Beliau memiliki status pemastautin tetap di Amerika.\r\r\n\n\n\n\n Qadir berkata, beliau bimbang campur tangan politik dan balas dendam membabitkan peranannya dalam siasatan ke atas Bank Kabul yang hampir lumpuh tahun lalu yang juga institusi pinjaman terbesar Afghanistan.\r“Saya benar-benar dalam bahaya dan ini benar selepas saya bercakap di parlimen dan mendedahkan beberapa orang yang bertanggungjawab terhadap krisis Bank Kabul,” katanya yang dipetik BBC.\rSeorang jurucakap Kementerian Kewangan Afghanistan, Aziz Shams enggan mengulas lanjut\rperkara itu, tetapi menyifatkan bank pusat adalah institusi bebas.\rJurucakap Presiden Hamid Karzai, Waheed Omer tidak dapat dihubungi.\rApril lalu, Fitrat mendedahkan di parlimen beberapa tokoh berprofil tinggi yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah besar di Bank Kabul.\rBank terbabit diasaskan pada 2004 oleh Sherkhan Farnood, seorang pemain poker antarabangsa. Pemilik bersamanya termasuk Mahmood Karzai, adik kepada Presiden Karzai, dan seorang adik Naib Presiden Mohammad Qasim Fahim.\rIa kemudian diambil alih tahun lalu oleh Bank Pusat Afghanistan selepas mendakwa ada eksekutif mengeluarkan sendiri pinjaman bernilai AS$900 juta (RM2.7 bilion) yang sebahagiannya digunakan untuk membeli hartanah mewah di Dubai.\rSkandal terbabit mendedahkan kekecohan dan korupsi dalam sistem kewangan Afghanistan ketika tentera yang diketuai Amerika Syarikat cuba keluar dari negara berkenaan, 10 tahun selepas menyingkirkan pemerintah Taliban.\rSebahagian pengunduran tentera asing akan bermula bulan depan dengan 10,000 askar Amerika Syarikat dijadualkan meninggalkan negara itu akhir tahun ini.\rTabung Kewangan Antarabangsa mahukan kerajaan Karzai untuk mengambil langkah memastikan satu skandal yang sama tidak berlaku lagi sebelum meluluskan program bantuan baru di negara yang miskin itu. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|