CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Bekas jurulatih Perlis meninggal dunia

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS jurulatih skuad Piala Malaysia Perlis, Mohd Mohayudin Rosli, 68, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di Kangar, pagi semalam selepas diserang sakit jantung.\rAllahyarham, bapa kepada empat anak meninggal dunia kira-kira sehari selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HTF pada pagi Ahad lalu, selepas dilaporkan koma di rumahnya di Taman Jejawi.\r\n\n\n\n\r  Anak lelaki Allahyarham, Mazerul, 37, ketika ditemui berkata beliau kali terakhir bersama bapanya itu di hospital selepas bergegas pulang dari Kuala Lumpur, sebaik dimaklumkan Allahyarham kritikal.\r\r\n\n\n\n\n  “Ayah memang sinonim dengan dunia bola sepak Perlis. Selain itu, dia juga bekas kakitangan Jabatan Belia dan Sukan negeri, selain pernah berkhidmat sebagai Inspektor Kesihatan di Jabatan Kesihatan negeri,” katanya.\rAllahyarham meninggalkan meninggalkan seorang balu, Che Rahillah M A Bakar, 63, serta tiga anak perempuan iaitu Mazura, 40, Malisa, 31 dan Mazila 25.\rMohayudin adalah bekas pemain bola sepak pasukan Piala Malaya Perlis pada 1964 sehingga 1969 dan pernah menjadi penolong jurulatih pasukan kebangsaan Harimau Malaysia pada 1982 hingga 1984.\rPasukan pimpinan berjaya menjadi juara di Kejohanan Kemerdekaan Indonesia, Bangladesh dan India sehingga diberi kepercayaan menjadi jurulatih pasukan Piala Malaysia Perlis dari 1985 sehingga 1989.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039710 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list