View: 91|Reply: 0
|
Tsonga cipta kejutan besar
[Copy link]
|
|
WIMBLEDON: Roger Federer tersingkir pada peringkat suku akhir Wimbledon buat kali kedua berturut-turut selepas kecundang kepada Jo-Wilfried Tsonga 3-6, 6-7 (3), 6-4, 6-4, 6-4, malam tadi.\rDalam saingan separuh akhir, Tsonga akan berdepan pilihan kedua, Novak Djokovic yang terdahulu menewaskan pemain berusia 18 tahun dari Australia, Bernard Tomic 6-2, 3-6, 6-3, 7-5.\r\n\n\n\n\r Federer - juara Wimbledon enam kali - harus menyalahkan diri selepas mencicirkan kedudukan apabila mendahului dua set yang juga buat pertama kali dalam kejohanan Grand Slam.\r\r\n\n\n\n\n Bagi Tsonga, 26, ini adalah kelayakan pertama kali ke separuh akhir Wimbledon dan hanya selangkah untuk menggapai impian besar ke final.\r“Ia amat menakjubkan. Saya bermain tenis hebat hari ini. Ia bukan mudah untuk bangkit mengatasi Roger yang tersohor. Saya amat gembira, ia cukup gila,” kata Tsonga.\r“Apabila menentang Djokovic saya harus kembali mengulangi persembahan sama.”\rPencapaian terbaik pemain Perancis itu adalah muncul naib juara Terbuka Australia pada 2008.\rSementara itu, Djokovic yang menamatkan impian Tomic berkata dia gembira dengan keputusan ini tapi anggap saingan itu seimbang.\r“Saya berjaya bermula dengan baik tapi dia bangkit selepas servis lemah saya. Dari saat itu dia menunjukkan aksi hebat sebagai seorang pemain yang bagus. Tapi akhirnya saya berjaya menyaingi segala cabaran dilontarkan lawan itu,” kata pemain Serbia itu.- AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|