View: 139|Reply: 0
|
Jualan kad Visa terus meningkat
[Copy link]
|
|
VISA International (Visa), penyedia perkhidmatan bayaran global yakin terus mencatatkan pertumbuhan jualan memberangsangkan di Malaysia tahun ini didorong perbelanjaan pengguna yang meningkat serta persekitaran ekonomi lebih baik.\rPengurus Visa Asia Pasifik, Stuart Tomlinson, berkata bilangan kad Visa di pasaran negara ini sehingga 31 Disember lalu meningkat 16 peratus kepada 12 juta kad, yang mana kira-kira empat juta adalah kad debit.\r\n\n\n\n\r Katanya, jumlah bayaran bagi kad visa pula tumbuh 17 peratus, manakala transaksi bayaran meningkat 20 peratus.\r\r\n\n\n\n\n “Jika dilihat di Malaysia, kecenderungan transaksi yang dilakukan pemegang kad Visa adalah bagi pembelian tiket penerbangan khususnya secara dalam talian, petrol dan bagi pembelian barangan runcit. \r“Kami yakin pasaran kad Visa di negara ini akan terus menunjukkan pertumbuhan kukuh kerana orang ramai sudah mula menyedari kepentingan membuat pembelian tanpa perlu membawa tunai,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, Visa juga sentiasa berusaha mempelbagaikan perkhidmatannya untuk kemudahan pengguna.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|