View: 130|Reply: 0
|
Kami leka seketika: Aidil
[Copy link]
|
|
KEPUTUSAN 2-1 ketika menentang Taiwan kelmarin diakui masih belum selamat oleh pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak.\rAidil yang membolosi gawang lawan pada minit ke-55 selepas kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini berkata, masih ada ruang yang perlu diperkemaskan sebelum bertemu semula anak buah Lo Chih-Tsung di laman lawan itu Ahad ini.\r\n\n\n\n\r “Ada kelalaian yang membolehkan lawan menghasilkan gol, mungkin kami agak leka ketika terlalu mencuba mengasak kubu Taiwan. Perbezaan satu gol bukan satu jaminan baik dan kami perlu tingkatkan usaha untuk mengekang asakan lawan nanti.\r\r\n\n\n\n\n “Biarpun saya menghasilkan gol, itu lebih kepada satu bonus. Saya akan cuba melakukan yang terbaik di Taiwan nanti,” katanya selepas perlawanan kelmarin.\rAidil yang mengalami kecederaan ketika menentang Myanmar dalam perlawanan persahabatan dua minggu lalu, menyifatkan Malaysia masih ada sedikit kelebihan untuk mara ke pusingan seterusnya andai rakan sepasukan kekal fokus di atas padang.\r“Pada saya mereka (Taiwan) tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Sebenarnya kami mendapat banyak peluang tetapi bahagian pertahanan juga perlu diperkemaskan,” kata pertahanan Negeri Sembilan itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|