CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Aliran masuk dana asing dorong pengukuhan FBM KLCI

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BURSA Malaysia merekodkan paras penutup tertingginya semalam didorong aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan susulan prospek ekonomi negara yang dijangka terus kukuh serta aktiviti belian ‘menghias akaun’ menjelang hari terakhir separuh tahun.\rPada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mencatatkan peningkatan  4.06 mata atau 0.26 peratus kepada 1,579.07 mata mengatasi paras penutup tertinggi sebelum ini iaitu 1,576.95 mata, yang dicatatkan pada 6 Januari lalu.\r\n\n\n\n\r  Peniaga berkata, walaupun situasi pasaran global masih dalam keadaan tidak menentu khususnya berikutan krisis hutang Greece dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat, namun keyakinan pelabur di pasaran tempatan kekal kukuh.\r\r\n\n\n\n\n  “Terdapat pembelian oleh pelabur asing yang dikesan terhadap kaunter mewah khususnya dalam sektor kewangan, teknologi dan pembinaan.\r“Selain itu, lonjakan indeks hari ini (kelmarin) juga dijana aktiviti ‘menghias akaun’ oleh pengurus dana,” katanya.\rSusulan kenaikan itu, katanya, paras halangan baru bagi FBM KLCI kini adalah pada paras 1,600 mata, manakala paras sokongan semasa pada 1,566 mata.\rBagaimanapun, peniaga berkata, aktiviti pengambilan untung dijangka berlaku hari ini hingga pertengahan minggu depan susulan kedudukan pasaran yang sudah terlebih belian.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037903 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list