View: 206|Reply: 0
|
Bumi Armada lancar IPO RM2.03 bilion
[Copy link]
|
|
Sebahagian modal dijana daripada tawaran awam diguna bagi kukuhkan perniagaan\rPENYEDIA perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir antarabangsa, Bumi Armada Bhd semalam melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) bernilai RM2.03 bilion sempena penyenaraian semulanya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.\r\n\n\n\n\r Ia adalah IPO terbesar setakat tahun ini di pasaran saham tempatan dan antara yang terbesar di Asia.\r\r\n\n\n\n\n Bagi IPO berkenaan, syarikat dikuasai jutawan Tan Sri Ananda Krishan itu menawarkan 644.26 juta saham yang mana 461.9 juta diperuntukkan kepada pelabur institusi terpilih tempatan dan asing, manakala 102.49 juta lagi kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan.\rSebanyak 79.86 juta pula ditawarkan untuk langganan pelabur runcit, dengan 29.28 juta adalah untuk langganan awam, manakala 21.29 juta lagi untuk pengarah, kakitangan dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat itu.\rBagi saham yang diperuntukkan kepada pelabur runcit, ia ditawarkan pada harga indikatif RM3.15 sesaham dengan harga muktamadnya ditentukan selepas penetapan harga institusi yang ditetapkan menerusi proses bidaan.\rBerdasarkan harga indikatif bagi pelabur runcit itu, IPO Bumi Armada itu bakal menjana RM2.03 bilion. Ia juga meletakkan nilai modal pasaran syarikat itu pada kira-kira RM9.5 bilion selepas penyenaraiannya yang dijadualkan pada 21 Julai ini.\r\n\n\n\n\rPengarah Eksekutif yang juga Ketua Eksekutif Bumi Armada, Hassan Assad Basma, berkata sebahagian modal yang dijana daripada IPO berkenaan akan digunakan bagi mengukuhkan lagi perniagaan syarikat itu di pasaran sedia ada.\rKatanya, syarikat itu akan meninjau peluang yang disediakan di pasaran terbabit selain cuba memasuki pasaran baru di Amerika Latin, Afrika dan Asia.\r“Kami kini sedang membida enam projek yang setiap satunya secara purata bernilai antara AS$300 juta hingga AS$500 juta di dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran prospektus IPO itu di Kuala Lumpur, semalam.\rBasma berkata, menuju ke depan, tumpuan strategik kumpulan itu ialah meneruskan pertumbuhannya dalam empat segmen perniagaan iaitu sistem pengangkutan marin (FPSO), pengangkutan dan pemasangan (T&I), kapal sokongan luar pesisir (OSV) dan perkhidmatan lapangan minyak (OFS).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|