View: 219|Reply: 0
|
Mercedes perkenal S-Class terbaru
[Copy link]
|
|
Kukuh kedudukan peneraju kenderaan mewah\rMERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan penumpang mewah dengan melancarkan generasi terbaru model S-Class, S350 L BlueEFFICIENCY dan S500L BlueEFFICIENCY.\r\n\n\n\n\r Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpangnya, Kai Schlickum berkata, S-Class baru itu menampilkan rekaan lebih dinamik, tahap keselesaan optimum dan aplikasi teknologi tinggi yang terkini dalam pemanduan.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, kedua-dua S350L dan S500L yang dipacu enjin blueDIRECT V6 dan V8 itu dibangunkan khusus bagi menjadi tanda aras baru dalam pembangunan kereta salun mewah.\r“Kami memfokuskan inovasi dalam teknologi, keselesaan pemanduan kelas pertama dan sistem keselamatan canggih bagi mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri automotif.\r“Kami berharap S-Class baru ini akan membantu kami meningkatkan lagi penguasaan dalam pasaran kenderaan penumpang mewah tempatan kepada kira-kira 55 peratus daripada 53 peratus ketika ini,” katanya selepas pelancaran model S-Class BlueEFFICIENCY di Kuala Lumpur, semalam.\rModel S-Class itu dilengkapi enjin berkuasa baru yang menjimatkan petrol sehingga 15 peratus selain penggunaan teknologi keselamatan yang canggih seperti kamera ‘Night View’, sistem brek (BAS PLUS) dan skrin berteknologi SplitView.\r\n\n\n\n\rSistem pemanduannya turut dipertingkat seperti sokongan kamera dan radar sebagai sistem bantuan pemanduan, teknologi Speed Limit Assist, sistem mengesan mengantuk dan sistem penyesuaian lampu depan. \rModel S350L BlueEFFICIENCY digerakkan enjin 3.5 liter (L) V6 yang mampu menjana 306hp dan tork 350 Nm, manakala S500L BlueEFFICIENCY yang menggunakan enjin biturbo V8 pula berupaya menjana kuasa 435hp dan 700 Nm tork bagi membolehkan ia memecut 0-100 kilometer sejam hanya dalam lima saat.\rKedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) itu akan berada di pasaran tempatan tidak lama lagi dengan harga RM840,888 bagi S350L BlueEFFICIENCY, manakala S500L BlueEFFICIENCY pula ditawarkan pada harga RM1,056,888.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|