CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

IPO SPAC pertama dilancar

[Copy link]
Post time 1-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
HIBISCUS Petroleum Bhd semalam melancarkan tawaran awam permulaannya (IPO), sekali gus muncul syarikat tujuan khas pengambilalihan (SPAC) pertama yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.\rSPAC adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai sebarang perniagaan, tetapi ditubuhkan khusus untuk mengambil alih syarikat berpotensi menggunakan dana yang bakal diraih daripada IPOnya.\r\n\n\n\n\r  Bagi IPO yang dilancarkan Hibiscus Petroleum itu, ia menawarkan antara 200 juta hingga 400 juta saham biasa bernilai satu sen sesaham berserta waran boleh pisah percuma pada asas seunit waran bagi setiap unit saham yang dilanggan, pada harga tawaran 75 sen sesaham.\r\r\n\n\n\n\n  Ia memperuntukkan antara 190 juta hingga 390 juta saham itu kepada pelabur terpilih serta 10 juta kepada pelabur awam. Syarikat itu bakal mengumpul sehingga RM300 juta daripada IPO berkenaan.\rPengarah Urusannya, Dr Kenneth Pereira, berkata selepas penyenaraian nanti, Hibiscus Petroleum akan aktif meninjau peluang mengambilalih syarikat sasaran yang terbabit dalam aktiviti penerokaan dan pengeluaran (E&P) sedia ada dan berharap dapat melakukannya dalam tempoh singkat.\r“Kami akan memberi fokus pengambilalihan syarikat yang berisiko rendah dan sederhana yang terbabit dengan aktiviti E&P di kawasan Asia Selatan, Asia Barat, Asia Timur dan rantau Oceania,” katanya pada pelancaran prospektus IPO itu di Petaling Jaya semalam.\rPereira menjelaskan, di bawah garis panduan Suruhanjaya Sekuriti, 90 peratus dana yang diraih daripada IPO itu akan diletakkan dalam akaun amanah, dan pengambilalihan yang dibuat mestilah mempunyai nilai pasaran agregat munasabah sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah dalam akaun amanah berkenaan.\r\n\n\n\n\rBeliau juga menjelaskan, sebarang pengambilalihan syarikat berpotensi hanya boleh dilakukan sehingga Hibiscus Petroleum disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 25 Julai ini, dan ia mesti mendapat kelulusan 75 peratus pemegang sahamnya menerusi mesyuarat agung luar biasa.\r“Di bawah peraturan SC, selepas penyenaraian, kami mempunyai tempoh tiga tahun untuk mengambilalih syarikat yang sesuai. Jika kami gagal melakukannya dalam tempoh itu, syarikat ini perlu dibubarkan dan wang pemegang saham akan dikembalikan,” katanya.\rSuruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan garis panduan penyenaraian SPAC pada Ogos 2009.\rSPAC telah diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 2003 dan di Korea beberapa tahun lalu.\rKekuatan sesebuah SPAC terletak kepada pasukan pengurusannya yang berkebolehan dan berpengalaman yang boleh mengenalpasti syarikat yang berpotensi untuk diambilalih, sekali gus memberi nilai kepada pemegang sahamnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.063352 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list