CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup lebih tinggi

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelabur  ambil petunjuk   kenaikan di Wall Street dengan Dow Jones melonjak 1.25 peratus \rSAHAM Asia kebanyakannya ditutup lebih tinggi semalam apabila peniaga menjejak kenaikan Wall Street, tetapi ia dijejaskan kegiatan pengambilan untung dan perangkaan yang menunjukkan aktiviti pengeluaran di China hampir tidak bergerak bulan lalu. Sentimen itu turut disokong persetujuan pembuat dasar Greece ketika undian kedua bagi melak-sanakan beberapa langkah yang disasar dapat mengelakkan keruntuhan ekonominya.\r\n\n\n\n\rTokyo meningkat 0.53 peratus, atau 51.98 mata kepada 9,868.07 mata dan Seoul ditutup 1.19 peratus, atau 25.05 mata lebih tinggi pada 2,125.74 mata, manakala Shanghai meningkat 0.38 peratus.\r\r\n\n\n\n\nPasaran di Hong Kong dan Bangkok ditutup kerana cuti umum. Pasaran serantau mencatat kenaikan kukuh pada kebanyakan hari minggu ini, apabila kelulusan Athens untuk mengurangkan aset negara dan menjadikannya milik persendirian menyediakan sokongan kerana membantu mengelakkan berlakunya pengabaian ke atas hutang negara.\rRamai bimbang kegagalan Greece membayar hutang akan mencetuskan satu lagi krisis kewangan global. Parlimen Greece kelmarin meluluskan peruntukan untuk pakej 28.4 bilion euro (AS$40 bilion), walaupun berlaku tentangan hebat di Athens.\rPelabur Asia mengambil petunjuk mereka daripada kenaikan di Wall Street dengan Dow Jones melonjak 1.25 peratus, peningkatan keempat berturut-turut, S&P 500 meningkat 1.01 peratus dan indeks teknologi Nasdaq naik 1.21 peratus.\rPasaran Amerika Syarikat (AS) dirangsang perangkaan yang menunjukkan kegiatan ekonomi di wilayah Chicago meningkat dari bulan sebelumnya, sekali gus mengejutkan penganalisis.\r\n\n\n\n\rTokyo mengambil petunjuk daripada kaji selidik sukuan Jepun, Tankan yang menunjukkan keyakinan perniagaan di kalangan pengeluar jatuh kepada negatif sembilan daripada enam Mac lalu, bacaan negatif pertama dalam tempoh lima suku.\rBagaimanapun, keputusan kaji selidik itu bukan satu kejutan besar di tengah-tengah kesan buruk tsunami dan gempa bumi 11 Mac lalu ke atas ekonomi negara itu.\rShanghai melonjak semula daripada kerugian awal pagi untuk melangkah ke kawasan positif di sebalik data yang menunjukkan aktiviti pengeluarannya terhenti pada bulan lalu, apabila kerajaan republik itu memperlahankan pembiayaan dari bank untuk bendung inflasi.\rDi pasaran mata wang, euro turun kepada AS$1.4434 dalam dagangan tengah hari Tokyo daripada AS$1.4499 di New York lewat Khamis lalu, sambil ditutup kepada 117.17 yen daripada 116.85 yen.\rDolar bertukar tangan pada 80.60 yen, berbanding 80.55 yen di New York. Harga minyak susut apabila pelabur mengambil untung daripada kenaikan harga baru-baru berikutan berkurangnya kebimbangan terhadap Greece dan nilai dolar lebih lemah.\rKontrak utama minyak mentah New York, West Texas Intermediate bagi penghantaran Ogos pula ditutup 80 sen kepada AS$94.62 setong dalam dagangan tengah hari manakala Brent North Sea bagi Ogos susut 81 sen kepada AS$111.67. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.322768 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list