View: 250|Reply: 0
|
Saham Eversendai raih premium 4 sen
[Copy link]
|
|
61,564 lot diniaga pada dagangan pertama\rSAHAM syarikat pembinaan yang mengkhusus dalam reka bentuk dan kejuruteraan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd, mencatatkan premium permulaan empat sen pada dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, lebih rendah daripada jangkaan penganalisis pasaran.\r\n\n\n\n\r Saham syarikat itu dibuka pada harga RM1.74 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.70 seunit dengan menyaksikan 61,564 lot sahamnya diniagakan.\r\r\n\n\n\n\n Saham Eversendai mencatatkan harga tertinggi RM1.82 dan terendah RM1.70 sebelum ditutup pada harga RM1.72. \rBagaimanapun, Eversendai muncul kaunter paling aktif semalam dengan sejumlah 594,658 lot saham bertukar tangan.\rMengulas harga pembukaan itu, Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusannya, Datuk AK Nathan, berkata berdasarkan asas syarikat yang kukuh disokong kontrak semasa selesa bernilai RM1.5 bilion, beliau yakin harga saham syarikat berkenaan akan mengukuh pada masa depan.\r“Saya gembira dengan harga pembukaan sebentar tadi. Dengan asas kukuh, saya menjangka nilai saham Eversendai akan meningkat kukuh pada masa depan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas penyenaraian saham syarikat berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rFirma penganalisis saham ECM Libra dan TA Securities dalam nota penyelidikannya meletakkan nilai munasabah saham Eversendai masing-masing pada harga RM2.36 dan RM2.46.\rRabu lalu Eversendai mengumumkan meraih kontrak bernilai Qatari Rial 165 juta (kira-kira RM139 juta) bagi projek Fasa 4A Limbungan Nakilat di Pelabuhan Ras Laffan, Qata daripada Qatar Petroleum.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|