CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Bumi Armada ke Pasaran Utama

[Copy link]
Post time 4-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat sasar  jadi peneraju sektor perkhidmatan minyak, gas luar pesisir \rBUMI Armada Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia bulan ini berada pada landasan kukuh untuk menjadi peneraju sektor perkhidmatan minyak dan gas luar pesisir di Asia dalam tempoh lima tahun.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutifnya, Hassan Assad Basma, berkata syarikat itu kini semakin hampir menjadi peserta utama Asia dalam perkhidmatan sistem storan pengangkutan marin (FPSO) dan kapal sokongan luar pesisir (OSV).\r\r\n\n\n\n\n  “Sebagai sebuah syarikat, untuk mencapai sasaran itu kami perlu kekal berdaya saing, sihat dan terus mencatat keuntungan berterusan.\r“Dari segi persaingan peringkat serantau, kami semakin hampir dengan pesaing utama dari Hong Kong dan Singapura,” katanya pada temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rDalam segmen FPSO, Basma berkata, Bumi Armada menyasar menjadi peserta keempat terbesar dunia dan terbesar di Asia dari segi saiz angkatan kapal menjelang 2013.\r“Kami kini semakin hampir pada kedudukan pertama di kalangan peserta FPSO dan sasaran itu boleh dicapai bergantung kepada projek apa yang bakal dilaksanakan kelak,” katanya.\r\n\n\n\n\rBagi perkhidmatan OSV pula, katanya, Bumi Armada mampu menjadi pemilik serta pengendali kapal terbesar di Asia dalam tempoh lima tahun lagi.\r“Ia mampu dicapai kerana kami merancang untuk membina lebih banyak kapal dalam tempoh terdekat ini,” katanya.\rBumi Armada kini memiliki dan mengendalikan 43 OSV dan tiga FPSO. Syarikat itu adalah pemilik OSV terbesar di Malaysia dan pengendali FPSO kelapan terbesar di dunia.\rMenuju ke depan, Basma berkata, Bumi Armada menyasar menggandakan pendapatan dan keuntungan syarikat itu dalam tempoh lima tahun lagi.\r“Jika dilihat jumlah besar wang yang dibelanjakan peserta minyak dan gas bukan saja di setiap negara pengeluar minyak dunia, maka peluang mendapatkan projek bukan satu isu dan terhad kepada pasaran luar negara atau pelanggan tertentu saja.\r“Malah, kami mempunyai pilihan sama ada untuk memasuki sesebuah pasaran itu atau tidak bergantung kepada peluang disediakan,” katanya.\rBumi Armada meraih pendapatan bernilai RM1.24 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, meningkat kira-kira 50 peratus daripada RM519.8 juta yang dicatatkannya pada tahun kewangan 2008.\rPermodalan pasarannya selepas penyenaraian dijangka bernilai antara RM8.5 bilion hingga RM9.5 bilion daripada hanya RM500 juta enam tahun lalu, ketika Basma mula menerajui syarikat itu.\rSyarikat itu sebelum ini pernah disenaraikan di Bursa Malaysia sebelum dijadikan syarikat persendirian selepas diambil alih tokoh perniagaan, T Ananda Krishnan.\rBasma berkata, antara cabaran getir dihadapi Bumi Armada dalam persekitaran ekonomi semasa ialah dari segi kenaikan kadar inflasi, membina tenaga kerja mantap untuk melaksanakan projek lebih besar serta kemungkinan berlakunya satu lagi pusingan krisis kewangan.\r“Dari segi persaingan pula, dapat diperhatikan peserta dalam industri ini beroperasi dengan lebih pintar dan berdaya tahan,” katanya.\r“Kami melihat adanya beberapa tingkap peluang dan ia kini terbuka, terutama sehingga tahun depan. Jika peluang itu tertutup dan kembali pulih, kami akan datang semula dan memanfaatkannya sebaik mungkin,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.086232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list