CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2636|Reply: 1

Ceritera Ekspatriat (U)

[Copy link]
Post time 4-7-2011 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by 7teen at 4-7-2011 23:10

Assalamualaikum semua...
Adik testing menulis nie..Kalau ada yang kurang,harap dapat tunjuk ajar semua..Adik nie budak baru belajar..
NOVEL : CERITERA EKSPATRIAT

Andai catatan bukan segalanya..Berdosakah jika sejarah itu diungkit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2011 11:12 PM | Show all posts




       Ada apa pada nama?Andai nama bukan segala-segalanya,mengapa ada yang memilih nama dan darjat?Tidak pernah tersedik pun barang sebentar untuk aku mengamatinya.Nama?Apa perlunya pada nama?


Bagiku,nama itu sekadar panggilan yang menjurus kepada jalinan ukhuwah.Mungkin kalian bisa membantuku.Bersiapkah kalian?Kisah ini hendaklah kalian rahsiakan,ya?Berjanjilah padaku?




Segalanya bermula pada ketika itu.Ah,andai sahaja aku tidak lancing memasuki kamar kakekku.Maksudku,arwah kakekku!Hatiku meronta-ronta ingin memasuki ruangan itu walaupun aku sadar,aku tidak sewajarnya berada di situ.Lantas aku duduk di atas kerusi malasnya arwah kakekku.Sedikit berdebu.Ya,kakekkukan baru meninggal dunia selepas dia koma tiga bulan yang lalu.Matinya?Oh,tidak sekarat banget.Mulus dan tenang tampangnya.Setahu aku dari nyokap sama bokapku,arwah kakekku itu meninggal setelah habisan ketabrak mobil.Benarkah?



Tiba-tiba,kakiku menginjak sendiri ke arah meja tulisnya kakek.Wah,gawat ini!Laci meja itu kutarik dan kuacak-acak isinya.Aneh!Ada sebuah buku yang agak lama dan berdebu di dalamnya.Apaan sih?Kalian tahu?Seterusnya,aku ambil buku itu dan aku simpan di dalam tasku.Hah,lumayan sih!Nggak ada yang ngelihatin aku!


Akhirnya,bokap sama nyokapku manggilin aku untuk pulang kerna tugas kami merapiin rumah kakekku sudah lumayan selesai.



Malam itu,lagi aku sedang baring-baring membaca majalah dan nonton sinetron,hatiku bagai didorong-dorong untuk melihat isi buku kakekku itu.Apa ya?Tampangnya kaya’ sebuah buku lama paling kurang Cuma dikarang seorang idiot!Orang iseng kali!



Ah,terlalu awal buatku memberiin komentarku.Kalau aja masa itu bias aku berhentiin dan kuputarin semula.Kenapa ya aku sanggup ngambil buku ini?Apa istimewanya,ya?Mataku sedikit tersembul keluar apabila tajuk buku itu kuperhatiin.


-TUN TEJA,MENYINGKAP SALASILAH PATRIOT BANGSA


Tun Teja?Empayar Melaka?Ya,ampun!Bukankah ini buku histori kegilaan kakekku?Empayar Melaka?Bukankah ianya di Malaysia?Malaysia?Ah,kangen sungguh aku pada pamanku,Arya Sedamar.


Lalu,buku itu aku baca secara perlahan-lahan.Sehelai demi sehelai.Dua helai.Tiga helai.Dan aku pun tewas dengan godaan tidur.Nikmatnya jikalau bisa tidur!



Pada ketika
itulah, munculnya kuasa mistik dan angker yang aku tidak sadar akan kehadirannya dan dari mana datangnya.Maka,bermulalah kisah pengembaraaanku di dalam dunia entah di mana…………….



Melaka begitu masyhur dengan peranannya sebagai sebuah pelabuhan entrepot.Maka,tidak hairanlah barang melihat berbagai-bagai jenis kapal dari negeri atas angin dan bawah angin singgah berdagang di Melaka.Nah,Duarte Barbosa pernah menyatakan,


“Sesiapa yang menguasai Melaka,dia dapat menguasai perdagangan dunia(He who is the Lord of Mallaca has his hand on the throat of Venice)”


Kendatipun begitu,rintangan yang datang bertali arus bagaikan menanti suatu kerebahan yang sejati.Walau sekuat manapun sesebuah empayar gah itu dipertahankan,maka akan goyahlah juga empayar tersebut seumpama runtuhnya empayar Rom dan kerajaan-kerajaan di Nusantara.


Melaka pada ketika berada di bawah pentadbiran Sultan Muzaffar Shah,bersusur galur daripada Putera Palembang dari kerajaan Srivijaya,Parameswara,pengasas empayar Melaka.Putera Palembang ini dikatakan memiliki pelbagai nama seperti Dharmaraja,Paduka Seri Maharaja Parameswara dan Mjeura.Mjeura?Apakah maksud yang tersirat di sebalik nama itu,sih?Benarkah Mjeura bermaksud orang yang berani?


Parameswara telah diserang Raja Jawa,Batara Jamavill sewaktu baginda ditabalkan menggantikan ayahandanya,Raja Sam Agi sebagai Raja Palembang.Namun,ada pula yang mengatakan bahawa Parameswara diserang oleh kerajaan Majapahit dengan bantuan Bendahara yang belot,Bendahara Sang Rajuna Tapa.Dikhabarkan orang,pada zaman itu ialah

Tahun 1399 hingga 1401 ketika Parameswara berada di Temasek.



Temasek,Bintan dan Palembang dikhabarkan dikuasai oleh Batara Sri Tri Buana,Yang di-Pertuan kepada tiga dunia yang mana dimulai oleh Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana,gelaran yang dipakai Sang Nila Utama pada 1324 hingga 1372.Maka,bergantilah pemerintahan itu oleh Paduka Sri Pekerma Wira Diraja pada 1372 hingga 1386,Paduka Sri Rana Wira Kerma pada 1386 hingga 1399 dan akhirnya,Paduka Sri Maharaja Parameswara pada 1399 hingga 1401.


Dikhabarkan orang,setelah putera raja itu diserang dan baginda tidak dapat mempertahankan kedaulatan negaranya.Maka berundurlah putera raja tersebut.Disertainya pula seribu orang semuanya para pengikut yang setia ke Temasek.Pada ketika itu,Temasek berada di bawah kekuasaan Temagi,wakil kerajaan Siam yang menjadi penjaga Temasek.Sang putera raja pun, membunuh Temagi bagi merebut kuasa untuk memerintah Temasek adapun Temasek pernah berada di bawah kekuasaan Palembang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list