CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Yingluck tubuh kerajaan gabungan

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Lima parti bekerjasama tadbir negara, Abhisit lepas jawatan ketua Demokrat\rBANGKOK: Parti Puea Thai yang memenangi majoriti kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum Ahad lalu, mengumumkan akan menubuhkan kerajaan gabungan dengan empat parti kecil yang lain.\r\n\n\n\n\rKeseluruhannya lima parti itu akan menguasai 299 daripada 500 kerusi di Parlimen, kata pemimpin Puea Thai, Yingluck Shinawatra yang akan muncul sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand.\r\r\n\n\n\n\n“Semua lima parti sudah bersetuju untuk bekerjasama mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat,” kata ahli perniagaan berusia 44 tahun itu yang dilihat sebagai proksi kepada abangnya, Thaksin yang digulingkan sebagai Perdana Menteri pada 2006 oleh tentera.\r“Isu paling utama ialah bagaimana untuk menyatukan negara,” kata Yingluck pada sidang akhbar semalam.\rParti Puea Thai – yang digerakkan oleh Thaksin dari Dubai di mana beliau hidup dalam buangan untuk mengelak hukuman penjara di Thailand –  memenangi 265 kerusi selepas semua undi dikira.\rJumlah itu melebihi 159 kerusi yang dimenangi parti Demokrat dipimpin Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengaku kalah selepas dua setengah tahun berkuasa.\r\n\n\n\n\rWalaupun menguasai majoriti kerusi di parlimen, Puea Thai bertindak pantas menubuhkan kerajaan gabungan untuk melindungi majoritinya jika berlaku ahli Parlimen yang keluar parti atau dibatalkan kemenangannya.\rEmpat parti lain dalam gabungan itu ialah Chart Thai Pattana, Chart Pattana Pheupandin, Palangchon dan Mahachon.\rSementara itu, Abhisit meletak jawatan sebagai Ketua Parti Demokrat berkuat kuasa serta-merta.\r“Sebagai pemimpin parti Demokrat semasa pilihan raya lalu, saya harus bertanggung jawab terhadap kekalahan ini dan sebagai pemimpin yang baik saya harus meletak jawatan,” kata Abhisit memberitahu sidang akhbar.\r“Parti Demokrat akan mengadakan perhimpunan agung dalam 90 hari untuk memilih ketua baru,” katanya. – AFP/Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.435507 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list