CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Tentera akur wakil rakyat mampu selesai isu negara

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Tentera Thailand  menerima kemenangan besar Parti Puea Thai pimpinan  Yingluck Shinawatra, adik kepada bekas Perdana Menteri yang kini tinggal dalam buangan Thaksin Shinawatra dan memberi isyarat bahawa keadaan akan semakin stabil di negara itu sejak rampasan kuasa lima tahun lalu.\rMenteri Pertahanan yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon, berkata beliau sudah berbincang dengan pemimpin tentera dan  mereka bersetuju membenarkan ahli politik menyelesaikan isu kepemimpinan negara itu.\r\n\n\n\n\r“Saya ingin menegaskan di sini bahawa tentera tidak akan melanggar undang-undang. Saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin tentera dan kami bersetuju untuk tidak terbabit. \r\r\n\n\n\n\n“Kita wajar membiarkan ahli politik yang terpilih melaksanakan tugas. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Rakyat sudah menyatakan pilihan mereka, jadi tentera tidak boleh berbuat apa-apa dan kami perlu menerimanya,” katanya.\rPenganalisis politik berkata kemenangan dengan majoriti kecil boleh mencetuskan satu lagi bantahan jalanan atau campur tangan tentera, tetapi kemenangan besar akan menyukarkan pemimpin tentera untuk bertindak merampas kuasa.\rParti Puea Thai berjaya memperoleh majoriti mutlak apabila menang 264 daripada 500 kerusi parlimen yang dipertandingkan, satu pencapaian yang menyukarkan lawan Thaksin untuk menghalang Yingluck daripada menjadi Perdana Menteri wanita pertama Thailand.\r“Peluang untuk menyekat Parti Puea Thai amat terhad. Ramalan keadaan tidak stabil yang digembar-gemburkan sebelum ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Tentera akan lebih pragmatik sekarang,” kata penganalisis dari agensi penyelidikan risiko politik Asia Tenggara Eurasia Group, Roberto Harrera-Lim.\r\n\n\n\n\rKeputusan pilihan raya kali ini dilihat sebagai satu ‘tamparan’ kepada pendukung institusi diraja di Bangkok yang disokong Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva selain sokongan besar kepada dasar diperkenalkan   Thaksin yang dianggap wira penduduk miskin ketika menjadi Perdana Menteri pada 2001 dan 2005. – AFP/Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list