View: 136|Reply: 0
|
Strauss-Kahn bakal dituduh lagi
[Copy link]
|
|
PARIS: Seorang penulis novel akan mengemukakan aduan hari ini menuduh bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, cuba merogolnya sekali gus menimbulkan kemungkinan siasatan baru ke atas Strauss-Kahn ketika kes ke atasnya di Amerika Syarikat berkemungkinan tidak dibicarakan.\rKesannya, Perancis sekali lagi dilanda persoalan sama ada ahli politik Parti Sosialis itu wajar terus mencabar Presiden Nicolas Sarkozy dalam pilihan raya umum negara itu.\r\n\n\n\n\rPenyokong Strauss-Kahn dikejutkan dengan tindakan penulis dan wartawan, Tristane Banon, untuk membuat aduan itu di sini, menerusi peguamnya.\r\r\n\n\n\n\nKetika diwawancara dalam program televisyen 2007, Banon, 31, berkata beliau diserang lima tahun sebelum itu oleh seorang ahli politik yang ditemubualnya untuk menerbitkan sebuah buku dan mendedahkan nama Strauss-Kahn beberapa ketika kemudian.\r“Ia berakhir dalam suasana ganas. Saya menendangnya. Dia membuka coli saya. Dia cuba menanggalkan seluar jeans saya,” kata Banon.\rPeguamnya, David Koubbi berkata, Banon dipujuk supaya tidak mengambil tindakan undang-undang oleh ibunya, Anne Mansouret, seorang pentadbir wilayah parti dianggotai Strauss-Kahn.\rMei lalu, Mansouret mengakui dalam wawancara televisyen bahawa beliau menggesa anaknya tidak membuat aduan selepas kejadian berlaku dan enggan mengulas ketika dihubungi.\r\n\n\n\n\rBanon kembali mendedahkan perkara itu selepas Strauss-Kahn ditahan di New York pada 14 Mei lalu tetapi tidak meneruskan niat membuat aduan kerana kes di Amerika sedang berjalan dan mahu ia dibicara berasingan, kata Koubbi. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|