View: 192|Reply: 1
|
140,000 amah Filipina balik kampung
[Copy link]
|
|
Arab Saudi henti permit kepada dua negara, galak ejen ambil pembantu rumah tempatanMANILA: Lebih 140,000 pekerja Filipina mungkin kehilangan pekerjaan mereka di Arab Saudi berikutan larangan terhadap pembantu rumah dan program untuk memaksa firma negara itu mengambil lebih ramai penduduk tempatan, kata menteri buruh Filipina semalam.\rSekurang-kurangnya 20,000-50,000 pekerja domestik Filipina berada di negara itu boleh terjejas berikutan keputusan Arab Saudi yang diumumkan bulan lalu untuk menghentikan pemberian permit kerja kepada pembantu rumah Filipina dan Indonesia, kata Setiausaha Buruh, Rosalinda Baldoz.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, kira-kira 90,000 daripada 1.3 juta rakyat Filipina lain yang bekerja di sana akan terjejas dengan dasar baru yang dilaksanakan dengan memberi kuota lebih kepada buruh tempatan, walaupun majoriti mereka mempunyai kemahiran khusus yang akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, katanya.\r\r\n\n\n\n\n “Biar kita tidak perkatakan mengenai semua yang akan dihantar pulang. Ia adalah mustahil. Anda tidak boleh menggantikan pekerja mahir,” kata Baldoz kepada satu forum berita.\rBagaimanapun, dasar Saudi berkenaan akan menjejaskan terutama kepada pekerja tidak mahir seperti buruh, penjaga, pemandu dan pekebun, katanya.\rArab Saudi minggu lalu berkata mereka akan menghentikan pemberian permit kepada pembantu rumah Indonesia dan Filipina selepas gagal mencapai persetujuan mengenai syarat dikenakan negara itu.\rBaldoz berkata larangan pembantu rumah akan menjejaskan permohonan baru dan mereka yang sudah lama bekerja di sana.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, kesan sebenar masih lagi belum jelas dan beliau berharap rundingan dengan pihak berkuasa Arab Saudi akan mengurangkan kesan mereka.\rIsu utama muncul berikutan tuntutan yang disokong undang-undang Filipina mengenakan gaji asas bulanan 400 dolar bagi pembantu rumah, katanya. Arab Saudi menolak gaji asas berkenaan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
makin semak laaa negare dorang.. sume da balek kampong.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|