CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Dengarnya...: Tiba-tiba sudah sampai final?

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Tiba-tiba sudah sampai final?Oleh Normah Becok2011/07/13\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMENTOR, Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak antara pertandingan realiti yang sudah pun selesai acara kemuncaknya. Boleh dikatakan banyak benar promosi selain hebahan sebelum cabaran bermula hingga selepas pertandingan berakhir. \rCik Normah menyebut pasal ketiga-tiga program TV ini kerana Cik Normah tertanya-tanya juga, mengapa pertandingan Bakat TV kelolaan RTM sekadar suam-suam kuku saja hebahannya.\r\n\n\n\n\rPadahal peringkat akhir pertandingan yang mempunyai objektif sama - mencungkil bakat seni persembahan pentas yang juga antara paling lama dianjurkan stesen berkenaan - akan berlangsung 19 Julai ini. Sepatutnya rancangan akhir diadakan malam ini, tetapi tiba-tiba ditunda pula ke minggu depan. \r\r\n\n\n\n\nDikhabarkan, lapan finalis yang punya pelbagai kebolehan seni bakal bersaing merebut ganjaran wang tunai hingga RM20,000 bagi juara, manakala pemenang kedua hingga penerima sagu hati juga dikatakan tidak akan pulang dengan tangan kosong.\rBarisan juri pula bukan calang-calang individu, masing-masing pakar dalam bidang mereka seperti pelawak Mr Os; koreografer, Pat Ibrahim; dan guru vokal, Syafinaz Selamat; serta Eddy Kismilardy yang mewakili pemuzik Rentak 50. \rBukan pasal juri atau hadiah yang mahu Cik Normah buat perbandingan tetapi jentera promosi pihak berkaitan yang semacam tak bersungguh-sungguh mewar-warkan pertandingan ini. Jangan kata media berat sebelah atau hanya mahu bagi publisiti kepada program realiti yang sudah sedia popular. Kalau pihak berkaitan sendiri semacam lepas tangan, takkan kita pula yang terhegeh-hegeh sua muka.\rKalau sudah mulakan pengumuman menerusi sidang media, teruskan saja misi memperkenalkan sekali gus mengingatkan khalayak mengenai musim baru pertandingan yang sudah dimulakan sejak 1974 lagi. Tambahan pula pertandingan ini unik kerana mencungkil bakat daripada pelbagai bidang termasuk nyanyian, lawak, tarian dan silap mata. Jadi agak sayang kerana publisitinya kurang menyeluruh, malah ramai yang tak tahu kewujudan program itu.\r\n\n\n\n\rCik Normah bukan mahu tunjuk pandai atau suka-suka nak menegur sebab sebagai stesen TV yang sudah lama beroperasi, tentu mereka punya pasukan promosi berpengalaman. Banyak cara boleh digunakan, selain daripada iklan atau sekadar menunggu khalayak menonton pertandingan ini, macam buat sesi fotografi dengan finalis atau mengaturkan temu bual bersama juri dan penerbit, dan bermacam cara lagilah.\rTak salah rasanya kalau mengintip bagaimana jentera promosi stesen TV lain mengatur strategi terutama pasukan TV3. Mereka memang pakar kalau masuk bab menghebahkan program baru, tambah-tambah pertandingan macam ni. Biar orang luar tahu ada sesuatu berlaku, taklah tiba-tiba terkejut apabila pertandingan itu rupanya sudah sampai ke final.\rIntai juga cara pasukan publisiti Astro bekerja dengan bermacam-macam program baru sampai tak menang tangan mengatur sidang media dan sesi temu bual. Tak salah meniru strategi pihak lawan kalau membawa kebaikan. Apa pun Cik Normah ucapkan selamat berjaya kepada kelapan-lapan finalis yang bertarung pada rancangan akhir. Kalau berkesempatan Cik Normah akan cuba melapangkan waktu walaupun sebenarnya sampai ke saat tulisan ini dibuat, belum ada panggilan mahu pun kad undangan dihulurkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.138745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list