CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Adik Hamid Karzai dibunuh

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahmed Wali ditembak rakan baik yang menjadi tetamu di rumah\rKANDAHAR: Adik lelaki presiden Afghanistan dan tokoh  berpengaruh di kawasan wilayah bergolak selatan Kandahar, Ahmed Wali Karzai, ditembak mati oleh seorang rakan lamanya semalam.\r\n\n\n\n\rWalaupun Taliban mengaku bertanggungjawab,  pegawai perisikan Afghan memberitahu yang ketua majlis wilayah Kandahar itu dibunuh oleh seorang tetamu.\r\r\n\n\n\n\nPegawai rasmi agensi perisikan Afghanistan berkata pembunuh itu adalah rakan lama yang melawatnya. Beliau berkata lelaki bersenjata itu tidak diperiksa sebaik tiba di kediaman Wali Karzai kerana hubungan baiknya dengan lelaki itu.\rSuspek Sardar Mohammad, adalah rakan lama dari kampung Karzai dan dia ditembak mati oleh pengawal keselamatan selepas pembunuhan.\r“Beliau mengunjungi Wali di rumahnya. Mereka berjumpa bersendirian di bilik, lelaki itu mengambil pistol dan menembak mati Wali. Pengawal keselamatan bergegas masuk ke bilik itu dan membunuh Sardar,” kata pegawai rasmi.\rJurucakap Kementerian Dalam Negeri, Seddiq Seddiqi berkata: “Seorang tokoh terkemuka Afghanistan terbunuh. Kami mengutuk serangan itu. Beliau ditembak di rumahnya oleh seorang tetamu yang menziarahinya bukan ditembak pengawal peribadinya jam 11.30 pagi waktu tempatan,” katanya.\r\n\n\n\n\rRakan keluarga berkata beberapa tetamu Wali Karzai yang lain turut terbunuh dalam serangan itu tetapi tiada pengesahan.\rPembunuhan itu terjadi di saat Presiden Afghanistan Hamid Karzai mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, yang mengadakan lawatan mengejut ke Afghanistan dan  mengumumkan pengunduran 1,000 tenteranya hujung tahun depan.\rWali Karzai, ketua majlis wilayah Kandahar, adalah  tokoh yang banyak dibelenggu kontroversi dengan tuduhan mempunyai hubungan tidak baik dalam perdagangan candu Afghanistan dan firma keselamatan persendirian. \rDokumen Amerika yang dibocorkan laman web pembocor rahsia WikiLeaks akhir tahun lalu turut menuduh beliau sebagai pengusaha dadah yang mengamalkan rasuah tetapi pegawai rasmi Barat  berdiam diri terhadap rekod buruk adik tiri presiden itu. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.153199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list