CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Bagaikan tiada penamat

[Copy link]
Post time 15-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dereten kisah sensasi Watie menenggelamkan lakonannya yang terpujiBAGAIKAN tidak lengkap kalau sebut nama Watie Sadali mesti dikaitkan dengan cerita kontroversi.\n\n\n\nEntah kenapa, kisah panas peribadi bekas anggota kumpulan Elite ini lebih mendapat tumpuan berbanding bakat lakonannya yang semakin menyerlah. \n\n\n\n\nMemang kalau dilihat kepada mutu lakonannya seperti dalam drama Biar Rindu Berbisik, Gelora Di Hati Sara dan Lara Maisara, ternyata Watie boleh dianggap sebagai antara pelakon TV yang sepatutnya diberikan pujian. Namun, hakikatnya nama Watie memang lebih popular dengan cerita mengenai kehidupannya yang sentiasa dipandang cukup sensasi. Kontroversi demi kontroversi dihadapinya. Kebaikan daripada setiap yang dilaluinya ialah pelakon ini semakin tabah, matang dan tidak mudah melatah untuk menghadapi setiap kisah panas lagi sensasi mengenai dirinya.Malahan selepas penat dihimpit kontroversi tentang hubungan percintaan mereka, Watie mengakui akan mengakhiri zaman solonya bersama pelakon dan penyanyi, Joey pada tahun ini.Keputusan itu diambil mereka bagi mengelakkan pelbagai tohmahan dan tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya selepas dikatakan menjadi punca penceraian Joey.\n\n\n\nMalah, hubungan percintaan mereka itu juga direstui keluarga kedua-dua belah pihak dan mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan selepas Aidilfitri nanti. Joey juga dikatakan membawa Watie untuk bertemu keluarganya sebelum Ramadan bagi membincangkan soal perkahwinan mereka. “Kami sudah berbincang mengenai perkara ini untuk bernikah dulu bagi mengelakkan tohmahan, malah keluarga kami juga amat senang dan merestui keputusan kami.“Insya-Allah lepas raya. Kami sekarang tengah kumpul duit untuk majlis itu tetapi buat masa sekarang lebih baik nikah dulu,” katanya yang sebelum dikenali sebagai Watie Elite kerana kemunculannya dalam dunia seni ketika dia menjadi anggota kumpulan Elite.Watie adalah anggota asal Elite yang ketika itu turut disertai Linda Rafar, Azzarima Zawawi (Azza), Shasha Saidin (Shasha) dan Abby Abadi. Menyifatkan Joey seorang lelaki yang penyayang dan pandai mengambil hati membuatkan Watie tertarik kepada lelaki berusia 37 tahun ini, malah anak lelakinya yang berusia tujuh tahun juga dikatakan senang serta selesa apabila bersama dengan Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud.Watie sendiri mengakui dirinya kini bahagia disamping Joey yang banyak mengambil berat terutama ketika sakit.“Saya ada perasaan yang kuat menyatakan dialah lelaki yang serasi dan sesuai dengan saya walaupun hubungan kami sekejap saja,” katanya. “Sebelum ini saya menghadap masalah seorang diri tetapi sejak hadirnya dia dalam hidup saya membuatkan hidup saya menjadi lengkap. Meskipun hubungan mereka terjalin ketika rumah tangga Joey bergolak, namun Watie menafikan sekeras-kerasnya dirinya punca penceraian Joey dan isterinya.Bagi Watie, segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya dianggap sebagai ujian hidup yang menguatkan lagi semangatnya.“Kami tak pernah duduk serumah selagi belum sah bergelar suami isteri. Dakwaan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali dan ada niat jahat pihak tertentu.“Kami tahu siapa yang lemparkan fitnah. Mungkin sebab tengah marah jadi benda yang tak betul pun dia boleh jadikan isu. Saya hormat Joey dan dia kenal saya macam mana sehinggakan masa saya sakit pun dia tolong jawab bagi pihak saya kepada wartawan,” katanya yang tetap bertegas tidak mahu mencampuri urusan antara Joey dengan bekas isterinya.Belumpun kisah mengenai dakwaan dia menjadi punca penceraian Joey dan isterinya, timbul pula tuduh yang lebih dahsyat apabila seorang gadis bernama Angelina tampil membuat pengakuan bahawa dia adalah anak luar nikah Watie. Namun, pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu terbabit.“Saya hairan kenapa pihak Melodi tak hubungi dan tanya saya sendiri tentang perkara ini? Mana ada anak yang sanggup mengaku dirinya anak luar nikah. Saya tak nak ulas mengenai perkara ini dan saya akan adakan sidang media bagi menjawab segala persoalan tentang isu ini,” jelasnya.Cita-cita ada album soloSELAIN menjadi punca penceraian rumah tangga bakal suaminya dan dikatakan mempunyai anak luar nikah, satu lagi tuduhan tidak berasas yang dihadapi oleh Watie ialah dakwaan mengatakan dirinya lumpuh separuh badan.“Saya tak lumpuh cuma doktor cakap saya mengalami masalah urat saraf sehingga menyebabkan separuh bahagian kiri badan saya tak boleh bergerak tetapi selepas menjalani rawatan akupuntur, Alhamdulilah kesihatan semakin baik walaupun masih terasa sakit.“Masalah ini berlaku selepas penggambaran telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka dengan arwah Faizal Yusof. Dalam drama itu, saya mati dan Faizal lumpuh.“Mungkin ini satu ujian dari Allah nak tengok kekuatan saya dan Alhamdulilah dengan adanya Joey dalam hidup saya dapat hadapi semua ini dengan tabah,” kata wanita berusia 35 tahun dari Grik, Perak ini.Meskipun dirinya kini lebih dikenali sebagai pelakon, Watie menyimpan impian suatu hari nanti dapat meneruskan karier nyanyiannya sebagai penyanyi solo. Sehingga kini Watie masih diundang membuat persembahan di majlis korporat walaupun tanpa lagu sendiri.“Syukur saya masih diterima dalam bidang nyanyian walaupun menyanyikan lagu orang lain. Teringin nak ada album solo sendiri tetapi belum berpeluang.“Saya pelik sebab saya dikenali dalam bidang lakonan memegang watak serius tetapi sejak akhir-akhir ini saya diberi peranan dalam drama komedi. Agak susah melakonkan watak komedi tetapi dengan tunjuk ajar pelakon senior saya banyak belajar dari mereka,” katanya.Tampil memegang watak sebagai isteri kedua kepada Musli Ramlee dalam drama Antara Maghrib dan Isyak terbitan Suhan Movie yang mendedahkan tentang isu berpoligami, tidak menjadi kesukaran kepada Watie untuk membawakan watak terbabit.Malah, isu yang diketengahkan di dalam drama 13 episod arahan Emi Suffian Sabhe itu ada kaitan tentang dirinya yang membantu dirinya menghayati watak dengan baik.INFO: Kerjaya Watie SadaliALBUM: Catwalk, Tamparan dan Idola (bersama Elite)TEATER: Si Tanggang, Mak Yong, Tun Fatimah dan Taming Sari.DRAMA: Astana Idaman 2, Haryati 1 & 2, Jendela Hati Yang Terbuka, Rama-Rama Yang Terkopak Sayapnya, Biar Rindu Berbisik, Lara Maisara, Inai Malam Pengantin, Gelora Di Hati Sara, Iris dan Rozana dan Rahsia Hati.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list