|
Bjorn pamer aksi memukau\rSANDWICH (England): Pusingan kedua Terbuka British bermula semalam dengan pemain amatur Inggeris, Tom Lewis (atas) dan pemain veteran Denmark, Thomas Bjorn menaruh harapan untuk mengekalkan kedudukan pendahulu.\r\n\n\n\n\r Lewis, 20, mempamerkan aksi menakjubkan pada penampilan pertamanya di kejohanan berkenaan kelmarin dengan merakam catatan terendah bagi pemain amatur dalam sejarah kejohanan untuk berkongsi kedudukan dengan Bjorn pada lima pukulan bawah par di Royal St George.\r\r\n\n\n\n\n Lewis bagaimanapun kekal realistik dengan peluangnya untuk memburu kejuaraan, menekankan baki 54 lubang di lapangan sukar itu mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata.\r“Ia cuma satu hari. Saya yakin saya tidak mampu merakam empat (catatan) 65. Saya bakal berdepan cabaran sukar tetapi selagi saya mengurangkan kesilapan, ia sudah cukup menggembirakan,” kata Lewis yang turun dalam kumpulan sama dengan Tom Watson - pemain legenda yang menjadi idola bapa Lewis ketika menamakannya.\rBjorn pula, yang menyertai kejohanan pada saat akhir selepas Vijay Singh menarik diri akibat kecederaan, mempamerkan jalan cerita berbeza kelmarin apabila kembali ke saingan berkenaan selepas kegagalannya muncul juara pada 2003.\rDalam penampilan terakhirnya di St George lapan tahun lalu, Bjorn mensia-siakan kelebihan tiga pukulan dengan hanya empat lubang berbaki yang menyaksikan pemain tidak ternama dari Amerika Syarikat (AS), Ben Curtis merampas tempatnya untuk menjulang trofi Auld Claret Jug.\r\n\n\n\n\rTiga pemain - Miguel Angel Jimenez dari Sepanyol dan Lucas Glover serta Webb Simpson dari AS ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu. Seramai 12 pemain lain berada di kelompok ketiga - tiga pukulan di belakang pendahulu - termasuk juara PGA AS, Martin Kaymer dan juara Terbuka AS 2010, Graeme McDowell.\rPilihan utama kejohanan, Rory McIlroy yang baru dinobat juara Terbuka AS tahun ini, enam pukulan di belakang Lewis dan Bjorn selepas mencatat satu atas par, 71, bersama dua pemain Inggeris, Luke Donald dan Lee Westwood. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|