CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Zulfadli bukti kegigihan KLRC

[Copy link]
Post time 17-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Andrew Kam mahu pastikan juara remaja Asia takluk dunia, Olimpik 2016TIDAK ramai di kalangan ahli perniagaan yang sanggup melabur tanpa mengharapkan pulangan lumayan. \n\n\n\n   Namun, kerana minat mendalam dan cintakan badminton, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peninsular Gold Limited, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow tidak kisah soal pulangan daripada pelaburan menubuhkan KLRC (Kuala Lumpur Racquet Club).\n\n\n\n\n  KLRC adalah kelab badminton kedua yang aktif dan menarik minat pemain badminton handalan di negara ini selepas Nusa Mahsuri.Selaku pengasas dan pemilik KLRC, bukan sedikit wang yang sudah dikeluarkan dari koceknya untuk memastikan kelab yang ditubuhkan pada 2006 itu mencapai matlamat menyumbang bakti kepada masyarakat menerusi sukan. “Saya tubuhkan KLRC bukan kerana mahu berlawan dengan sesiapa termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya matlamat saya hanya satu iaitu membantu negara. Lagipun, saya minat dan cintakan badminton,” kata Andrew.Dan sudah tentu kejayaan Zulfadli Zulkifli melakar sejarah memahat nama negara buat kali pertama menjuarai acara perseorangan lelaki dalam kejohanan Remaja Asia di Lucknow, India baru-baru ini, memberi satu kepuasan kepada Andrew.\n\n\n\nApalagi, dia adalah individu di sebalik tabir yang membentuk pemain 18 tahun itu mencapai tahap sekarang menerusi program bakat muda KLRC yang dirancangnya.“Saya melihat potensi besar yang ada pada Zulfadli sejak dia berusia 13 tahun, tetapi ketika itu tiada siapa pedulikan bakatnya. Jadi, saya hulurkan bantuan bagi memastikan bakatnya dapat diasah dan dibentuk. “Dan saya amat gembira kerana hari ini segala usaha membentuknya menjadi pemain berjaya mula berhasil, tetapi perjalanan Zulfadli menjadi jaguh dunia masih jauh dan menuntutnya berusaha lebih keras,” katanya.Kejayaan Zulfadli yang menjadi pemain pertama Malaysia menjuarai kejohanan itu menjadikan pemain kelahiran Amerika Syarikat itu tumpuan dan bukan rahsia apabila beberapa pihak kini mengintai peluang memikatnya untuk menyertai mereka. Ketika ditanya sekiranya Zulfadli mahu keluar dari KLRC, Andrew menjawab: “Saya tidak boleh memaksa orang mencintai saya. Jadi, saya beri kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan. Apa yang penting bukan saya atau KLRC, tetapi bakat yang ada padanya terus digilap dan saya mahu lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar megah,” katanya.Begitupun, andai Zulfadli mahu terus kekal bersama KLRC, Andrew memberi jaminan akan terus menyokong dan membantunya supaya suatu hari nanti dia mampu menjadi jaguh dunia dan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Brazil.Demi memastikan Zulfadli terus maju, Andrew melantik jurulatih berpengalaman, Hadi Idris, 49, dari Indonesia untuk bekerjasama dengan bapa Zulfadli, Zulkifli Sidek bagi membentuk pemain itu.Hadi pernah melatih beberapa pemain ternama seperti Hendra Setiawan dan Chandra Wijaya (Indonesia), Saina Nehwal, Jwala Gutta, Ashwini Ponappa, Chetand Anand dan Kashyap Parupalli (India).Andrew turut mengakui peningkatan dan kematangan permainan Zulfadli dibantu hasil latihan bersama dengan beberapa bekas pemain seperti Hafiz Hashim, Sairul Amar Ayob, Lee Tsuen Seng, K Yogendran dan Yeoh Kay Bin yang berada dalam naungan KLRC.“Saya ingin tegaskan KLRC bukan setakat menaja pemain, tetapi turut memastikan kebajikan dan pelajaran mereka. Beberapa pemain KLRC berjaya melanjutkan pelajaran di universiti luar negara dan ada yang sudah menjadi doktor dan akauntan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list