View: 131|Reply: 0
|
Safiq, Safee temu sentuhan
[Copy link]
|
|
Dua tonggak sedia galas cabaranatasi Singapura pada 23 Julai\rDUA tonggak skuad Harimau Malaya - Safiq Rahim dan Safee Sali harus berlegar dalam minda pasukan Liverpool buat seketika gara-gara kelibat mereka membuat gawang gergasi Inggeris itu bocor tiga kali, kelmarin.\r\n\n\n\n\rJelas sekali lautan merah penyokong The Reds yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, nyata tidak mengganggu Safiq dan jelas dari wajah kapten kebangsaan itu, terpancar seribu kepuasan ketika berjaya meledakkan gol di gawang Liver璸ool. \r\r\n\n\n\n\nBegitu juga Safee yang menyambar pantas peluang bak helang dengan dua gol dalam tempoh tiga minit - senario terbaru yang harus membuat Singapura gelisah menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia pada 23 Julai ini.\rSafiq yang mahu menebus hampa gagal mencipta gol ketika menentang Arsenal tempoh hari berkata: \"Saya tidak sangka dapat menjaringkan gol secantik itu namun bersyukur semuanya menjadi. Bagi saya, keyakinan mengambil sepakan percuma itu hadir selepas berjaya meledakkan jaringan ketika bertemu Taiwan. Tapi apa yang penting, corak permainan kami meningkat.\r\"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan corak permainan yang kita tampilkan. Namun, apa yang penting, kali ini kami bermain dengan lebih tersusun, bermain sebagai satu pasukan, menyerang sebagai satu pasukan dan bertahan sebagai satu pasukan\".\rSementara itu, dua gol Safee memberi harapan baru kepada penyokong tempatan untuk menyambung rentetan sama di Singapura apabila menentang negara republik itu dalam perlawanan pertama pusingan kedua Piala Dunia.\r\n\n\n\n\r\"Saya kini mendapat semangat baru,\" kata Safee yang juga peminat Manchester United.\r\"Tapi, dua gol ini juga hasil bantuan rakan sepasukan. Dua gol ini memang istimewa buat saya, buat penyokong Malaysia.\"
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|