View: 176|Reply: 0
|
60 peratus untuk pemuzik luar
[Copy link]
|
|
Kerajaan tidak benarkan MACP kutipan royalti daripada hotel \rSEBANYAK RM21.6 juta atau kira-kira 60 peratus daripada jumlah royalti yang dikutip oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia Berhad (MACP) sepanjang tahun 2010 diagihkan kepada karyawan muzik luar negara.\r\n\n\n\n\rKaryawan muzik tempatan hanya menikmati kira-kira RM14.4 juta daripada jumlah keseluruhan royalti yang dikutip oleh MACP sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak RM36 juta. \r\r\n\n\n\n\nPengurus Besar MACP, Chan Miew Lan berkata, sebanyak dua peratus daripada jumlah kutipan royalti itu akan diambil oleh badan ini untuk kos pengurusan dan membiayai pelbagai aktiviti untuk kepentingan ahli, termasuk menganjurkan Malam Anugerah MACP. \r“Antara aktiviti MACP ialah menganjurkan Bengkel Cipta Ekspres yang dibuat setiap tahun. Dalam program itu, MACP akan memilih beberapa ahli yang terdiri daripada pemuzik dan penulis lirik.\r“Kita akan menghimpunkan golongan ini daripada baru dan lama untuk bekerjasama menghasilkan karya baru. Aktiviti ini sebenarnya turut memupuk kerjasama dan persefahaman antara mereka dan ia sebenarnya sudah menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan.\r“Misalnya, menerusi program Bengkel Cinta Ekspres, kita menghasilkan banyak karya yang baik seperti lagu Kalau Berpacaran yang menggabungkan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet,” katanya. \r\n\n\n\n\rMengulas lanjut mengenai royalti, Chan berkata, kutipan lebih lumayan kebiasaannya diperolehi menerusi TV berbanding radio kerana selain lagu, pungutan royalti juga dibuat di atas penyiaran klip video dan persembahan.\r“MACP bagi lesen tetapi bayaran dibuat berdasarkan kos serta kutipan tiket daripada kutipan sesebuah konsert. Kalau konsert itu dibuat secara percuma, kita akan lihat pula dari aspek kos penganjuran.\r“Begitu juga kalau penyanyi lain menyanyikan lagu daripada penyanyi asal, bayaran royalti masih dikenakan walaupun yang dinyanyikan bukan lagunya sendiri. Ini kerana setiap lagu yang dipersembahkan adalah karya dan hak pembikin lagu,” jelasnya lagi. \rSelain itu, Chan turut menjelaskan, walaupun kutipan royalti dibuat mencecah jutaan ringgit tahun, tetapi ia bukan menjadi hak mutlak karyawan muzik tempatan.\rMalahan, kutipan royalti lagu-lagu tempatan sebenarnya hanya 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kerana selain MACP, ia terpaksa diagihkan kepada dua lagi badan royalti iaitu Public Perfomance Malaysia (PPM) dan Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (PRISM).\r“Kalau lagu-lagu dimainkan oleh badan kerajaan atau kementerian agak susah untuk menerima tinggi berbanding daripada pihak swasta. Malah sekarang kerajaan tidak membenarkan kita (MACP) mengutip royalti daripada hotel, jadi di situ sudah ada penyusutan kutipan royalti,” katanya. \rRamai tidak tahu hak \rMASIH ramai penggiat atau pelaku muzik tidak mengetahui mereka juga mempunyai hak dan peranan dalam soal kutipan royalti yang diuruskan oleh MACP.\rSehubungan itu, wajar bagi setiap pemuzik, penulis lagu dan penulis lirik mengambil tahu setiap hak itu supaya tidak diperlekehkan atau dieksploitasi pihak tertentu.\rDisebabkan MACP mengawal selia setiap kutipan royalti karya yang dihasilkan, golongan terbabit juga perlu peka dan tidak menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada badan ini semata-mata.\rPengurus Besarnya, Chan Miew Lan berkata, meskipun menjadi tanggungjawab MACP mengagihkan kutipan yang diterima, namun karyawan muzik juga perlu tahu setiap hak mereka agar tidak menjadi perkara serius di kemudian hari.\r“Karyawan muzik perlu tahu dan memahami apa hak mereka kerana ini periuk nasi mereka dan kena ingat sumber pendapatan mereka bukan hanya dari segi persembahan artis saja.\r“Setiap lagu yang dimainkan di stesen radio dan TV adalah sumber pendapatan mereka dan bukan hanya dari segi penjualan album bahkan banyak lagi. Itu pentingnya mengetahui hak sebenar mereka,” katanya.\rSejak ditubuhkan 22 tahun lalu, kini MACP mempunyai 2,800 ahli. \r“Seperti penulis lirik ada dua punca pendapatan daripada royalti iaitu mekanikal royalti dan royalti di persembahan awam, begitu juga komposer.\r“Ramai yang beranggapan hasil pendapatan mereka daripada penjualan album saja sedangkan pendapatan mereka juga daripada muat turun lagu, radio dan TV serta persembahan artis sendiri kerana ini karya mereka,” jelasnya.\rMalah, kutipan royalti bagi stesen radio dan TV dibuat tidak sekata dan berdasarkan keuntungan sesebuah stesen serta rating stesen terbabit dengan stesen yang lain.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|