View: 121|Reply: 0
|
Gaddafi ikrar tak tinggal bumi Libya
[Copy link]
|
|
Perlekeh Barat iktiraf kerajaan pemberontak\rTRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus menolak gesaan agar keluar dari negaranya dan menegaskan tidak akan sama sekali meninggalkan tanah nenek moyangnya serta mereka yang sanggup berkorban nyawa untuknya.\r\n\n\n\n\r“Mereka meminta saya keluar dari Libya. Ia permintaan yang amat lucu. \r\r\n\n\n\n\n“Saya bersedia mengorbankan diri saya demi rakyat dan saya tidak akan meninggalkan tanah yang dibasahi darah keturunan saya yang berjuang menentang penjajah British dan Itali,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan beribu-ribu penduduk di Zawiyah, kira-kira 50 kilometer ke barat Tripoli.\rSekurang-kurangnya 13 letupan kemudian menggegarkan Tripoli selepas Gaddafi memberi ucapan itu selepas 1 pagi waktu tempatan.\rKuasa besar Barat dan wilayah Arab bertemu di Istanbul kelmarin bagi mengadakan perbincangan buat kali keempat dengan memperbaharui gesaan agar Gaddafi meletak jawatan selepas berkuasa lebih 40 tahun.\r“Kumpulan ‘pengecut’ menjadikan penduduk Benghazi dan Misrata sebagai tebusan, manakala kuasa Barat menjadikan mereka perisai manusia,” kata Gaddafi merujuk kepada kubu kuat pemberontak di timur dan barat negara itu.\r\n\n\n\n\rGaddafi berkata, lima juta rakyat Libya yang bersenjata akan menuju ke kedua-dua bandar itu dalam tempoh terdekat bagi membebaskan penduduk di situ.\rTentera kerajaan menawan semula Zawiyah berhampiran sempadan Tunisia, Mac lalu, selepas bertempur dengan pemberontak selama kira-kira dua minggu.\rPemberontak kehilangan anggota bersenjata terbanyak Sabtu lalu selepas menawan Brega apabila 12 terbunuh.\rPenentang Gaddafi itu melancarkan serangan roket Grad. Mereka mengakui sukar menawan bandar itu kerana beberapa lubang digali di seluruh Brega diisi bahan kimia mudah terbakar bagi melambatkan kemaraan tentera pemberontak. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|