View: 135|Reply: 0
|
‘Palembang bandar raya bebas petrol’
[Copy link]
|
|
BAGI memastikan temasya Sukan SEA Ke-26 bebas pengangkutan menggunakan minyak, bandar raya Palembang, Sumatera Selatan akan melatih 3,000 penarik beca membawa atlit dan pegawai dari perkampungan atlit ke gelanggang pertandingan.\rTimbalan Pengarah Kedua Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia, Mudai Madang berkata setakat ini jawatankuasa itu melatih 300 orang.\r\n\n\n\n\r “Kami melatih mereka dengan kemahiran melayan tetamu. Mereka kemudian akan membawa atlit dari asrama ke tempat pertandingan,” katanya seperti dipetik dalam akhbar Jakarta Post, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Langkah itu katanya, bagi membantu orang miskin selain memastikan Bandar Raya Sukan Jakabaring, iaitu kompleks sukan di mana temasya itu berlangsung, bebas daripada pengangkutan berenjin menggunakan minyak.\rBagaimanapun kata Mudai, jawatankuasa itu belum menentukan kadar bayaran kerana mereka masih menunggu jumlah peruntukan sebenar yang disediakan kerajaan pusat.\r“Yang pasti bayaran lebih tinggi daripada pendapatan harian mereka,” katanya.\rSukan SEA di Indonesia bermula pada 11 sehingga 25 November ini di Jakarta dan Palembang. - Bernama
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|