View: 126|Reply: 0
|
Lebih banyak firma ke Bursa Malaysia
[Copy link]
|
|
Projek ETP cetus minat syarikat dalam IPO\rLEBIH banyak syarikat bakal membuat tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Bursa Malaysia tahun ini berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Pengawal Atur Bursa Malaysia Bhd, Selvarany Rasiah.\r\n\n\n\n\r “Sebanyak 17 penyenaraian baru sudah dilakukan setakat ini, manakala lapan lagi sudah diluluskan tapi belum lagi disenaraikan.\r\r\n\n\n\n\n “Lebih banyak lagi IPO dijangkakan dibuat tahun ini dan berkemungkinan besar ia akan melepasi 29 yang catatkan tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas taklimat media mengenai keputusan kewangan separuh pertama pengendali pasaran saham tempatan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rSelvarany menjelaskan, bulan depan dijangkakan agak perlahan dalam penyenaraian baru berikutan sambutan Ramadan, tetapi ia dijangka kembali rancak selepas itu.\rMengikut statistik rasmi Bursa Malaysia dalam laman webnya, setakat semalam sebanyak 20 penyenaraian baru direkodkan sepanjang tahun ini.\rDaripada jumlah itu, 12 disenaraikan di Pasaran Utama, manakala bakinya di Pasaran ACE.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan, berkata antara faktor menyumbang kepada peningkatan minat dalam IPO itu ialah kerancakan aktiviti ekonomi yang dicetuskan Program Transformasi Ekonomi (ETP).\rBeliau berkata, ETP adalah sesuatu yang perlu dipantau kerana ia memberikan kesan kepada pasaran saham dan syarikat daripada aktiviti yang dipacunya.\rKatanya, terdapat peningkatan minat dalam aktiviti penjanaan dana dan penyenaraian sepanjang tahun ini.\r“Sebagai contoh, melihat kepada prestasi waran berstruktur, sejumlah 201 dicatatkan pada separuh pertama tahun ini berbanding 86 tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus mencadangkan banyaknya minat dalam aktiviti penjanaan dana dan penyenaraian pada masa ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|