View: 252|Reply: 0
|
Norhafiz tidak harap sangat
[Copy link]
|
|
NORHAFIZ Zamani Misbah tidak mahu meletakkan sasaran tinggi menjelang pertemuan skuad pilihan kebangsaan menentang kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.\r“Peluang menentang kelab gergasi Eropah ini menjadi landasan terbaik kepada pemain kebangsaan menimba pengalaman membantu meningkatkan prestasi bola sepak negara.\r\n\n\n\n\r “Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi. Hakikat memang sukar kerana lawan memiliki kelebihan berbanding kita. Jika mampu menamatkan perlawanan tanpa dibolos, ia pasti menjadi satu keputusan membanggakan,” katanya yang ditugaskan bertindak selaku ketua pasukan.\r\r\n\n\n\n\n Tambah Norhafiz, dia tidak menjangka Ong Kim Swee akan memanggilnya untuk menguatkan skuad Olimpik negara pada perlawanan persahabatan itu.\r“Saya tidak dapat mengikuti latihan selama lima bulan selepas mengalami kecederaan ketika kali terakhir mewakili skuad negara di Sukan Asia, tahun lalu. Saya juga jarang bermain untuk 90 minit bersama kelab yang diwakili dalam saingan Liga Super.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|