View: 220|Reply: 0
|
Chong Wei ‘ketagih’ gelaran juara
[Copy link]
|
|
Jaguh dunia dilantik duta jenama KDU dua tahun hingga Jun 2013\rIMPIAN Lee Chong Wei terus membara dan tidak menolak hakikat betapa dia terasa ‘ketagih’ mahu memburu gelaran pertama selaku juara Kejohanan Badminton Dunia di London pada 8 sehingga 14 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r Perseorangan nombor satu dunia itu melihat harapan lebih cerah kali ini, berbanding tahun-tahun lalu berikutan persiapan lebih sempurna, malah dia dan pemain negara lain berpeluang berlatih di Bath, London dua minggu sebelum kejohanan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n “Saya juga berasa lebih yakin. Tahun ini saya menang semua kejohanan Siri Super kecuali Korea, jadi saya lihat tahun ini peluang itu lebih cerah.\r“Latihan di Bath juga adalah bagus menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan di sana lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian dengan Kolej Universiti KDU di kampus utama kolej itu di Kuala Lumpur, semalam.\rPada majlis berkenaan Chong Wei dilantik sebagai duta jenama KDU selama dua tahun bermula bulan ini sehingga Jun 2013.\rTahun lalu pada Kejohanan Dunia di Paris, Perancis dia hanya mampu layak ke suku akhir sebelum tewas kepada pemain Indonesia, Taufik Hidayat akibat kecederaan di bahagian belakang badan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|