View: 285|Reply: 3
|
Dengarnya...: Aduhai Jasmin Hamid!
[Copy link]
|
|
CUACA panas sejak akhir-akhir ini membuatkan Cik Normah berpeluh-peluh 24 jam sehari sehingga jarak kipas tidak sampai sedepa dengan tubuh gebu Cik Normah.\rBercerita pasal kepanasan yang melanda negara kita ini, tidaklah pula Cik Normah sangka ia turut melanda beberapa artis kita sampai ada yang sanggup berpakaian tidak cukup inci kain. \rBerdesing dan bagai mahu berdarah telinga Cik Normah apabila seorang rakan yang amat meminati fesyen memberitahu dia terkejut besar apabila melihat Jasmin Hamid memakai pakaian yang agak menjolok mata sehingga mendedahkan sebahagian alur dadanya. \r\rIyerlah, dalam drama yang disiarkan di TV, Jasmin ini selalunya ditampilkan dengan imej yang sopan. Tak sangka pula di luar, imejnya sungguh berbeza dengan ketara. \r\n\n\n\n\n\rKata teman Cik Normah yang kebetulan berada di satu majlis fesyen itu, berkata matanya tidak berkelip-kelip melihat gelagatnya disanjunginya kerana lakonannya yang cukup menonjol.\r“Saya amat meminati Jasmin dan dia antara artis kesayangan saya. Cantik, berbakat dan jarang ada gosip buruk berkenaan dirinya. Tapi sebaik melihat pakaian yang dipakainya itu, saya terkilan kerana ia tidak sesuai lagi dengan dirinya agak keterlaluan sehingga bahagian dada tertonjol keluar,” katanya kepada Cik Normah. \rKawan Cik Normah ini juga sempat mencubit suami di sebelah yang biji matanya seakan mahu terkeluar melihat artis itu berpakaian.\rWalaupun bersikap terbuka, tetapi kawan Cik Normah rasa, tidak sepatutnya artis yang memang dikenali ramai, tampil di khalayak dengan imej menjolok mata. Nanti masyarakat memberi pandangan serong.\rBagi Cik Normah, niat kawan Cik Normah ini baik dan bagi Jasmin dan juga artis lain, janganlah beri alasan ikut kehendak pencipta baju itu. Sebaliknya, sebagai artis, anda juga berhak menentukan apa rekaan yang bersesuaian dengan budaya dan kesesuaian masyarakat kita. Pereka fesyen pun janganlah nak syok sendiri, mereka pakaian tanpa mengambil kira sensitiviti dan pandangan masyarakat sekeliling. \r“Saya faham mungkin ini cita rasa pereka baju itu tetapi sebagai artis dia layak dan berhak untuk menolak dan memberikan pandangan jika pakaian yang disarungkan itu keterlaluan untuk dipakai. Saya tidak nafikan rekaannya cantik tetapi agak menonjol dan seksi,” katanya mengakhiri perbualan dan tidak putus-putus mahu Cik Normah tegur kepada gelagat segelintir artis yang berani tidak bertempat apabila berfesyen.\rApalah daya Cik Normah, cuma dapat sampaikan apa yang dihasratkan hati dan terpulanglah kepada artis itu sendiri untuk mengambil baik atau buruknya teguran ini.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah dunia artis memang macam tu..apa nak heran.Walaupun bukan semua macam tu tapi tak heran la.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambau mana....tade pon bideo....bideoooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|