View: 178|Reply: 0
|
Lohan hadapi saman RM2.98j
[Copy link]
|
|
Pekerja pusat pemulihan fail tuntutan\rLOS ANGELES: Aktres yang dilanda tindakan undang-undang sejak empat tahun lalu, Lindsay Lohan kelmarin menghadapi pula masalah kewangan selepas dikenakan saman AS$1 juta (RM2.98 juta) selain belum membayar yuran kaunseling persendirian dalam sesi perbicaraan di sini.\r\n\n\n\n\r Perbicaraan yang diadakan itu menyaksikan peguamnya memberitahu bahawa aktres Mean Girls itu belum mendaftar untuk terapi kerana mencari rawatan individu yang murah.\r\r\n\n\n\n\n “Saya mendapati agak sukar untuk mempercayai dia tidak mampu membayar kaunseling,” balas Melanie Chavira, pendakwa raya di pejabat Peguam Bandar Los Angeles yang meneliti kes Lohan.”\rHakim Stephanie Sautner membalas beliau tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berhubung kewangan Lohan, namun menambah: “Beliau perlu memasuki kaunseling. Saya akan memberinya tempoh 21 hari untuk mendaftar.\rPerbicaraan kelmarin diadakan pada hari sama seorang bekas kakitangan pusat pemulihan California memfailkan saman AS$1 juta ke atas Lohan.\rDawn Bradley mendakwa dalam tuntutan sivil itu bahawa Lohan menjerit ke arahnya, membaling telefon, menggenggam pergelangan tangannya dan memulasnya apabila diminta menjalani ujian pernafasan pada Disember di Pusat Betty Ford berhampiran Palm Springs.\r\n\n\n\n\rBradley mendakwa mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya selain ‘sindrom tekanan’ kerana trauma atas kejadian itu yang memerlukan beberapa sesi terapi. Bradley menuntut AS$1 juta selain perbelanjaan perubatan.\rPendakwa raya Riverside County memutuskan awal tahun ini untuk tidak memfailkan dakwaan jenayah ke atas Lohan berhubung tuduhan Bradley, kerana bukti tidak mencukupi.\rKerjaya Lohan, 25, di Hollywood merudum sejak 2007 akibat masalah dadah dan alkohol dan sering berulang alik ke penjara.\rDia diarahkan menjalani kaunseling psikologi awal tahun ini sebagai sebahagian hukuman kerana mencuri seutas rantai emas, Januari lalu.\rLohan dimasukkan ke pusat pemulihan dan penjara berulang kali sejak kes memandu dalam keadaan mabuk dan memiliki ganja pada 2007.\rDia juga menjalani hukuman 35 hari dalam tahanan rumah di sini awal musim panas kerana mencuri seutas rantai emas dari sebuah kedai perhiasan.\rBintang kanak-kanak The Parent Trap dan kemudian Freaky Friday, Herbie Fully Loaded dan Bobby, tidak berlakon dalam filem sejak filem bajet rendah 2010, Machete. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|