View: 110|Reply: 0
|
Regu Malaysia dapat laluan mudah
[Copy link]
|
|
MALAYSIA yang mendapat bye dalam cabaran Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 berdepan laluan mudah apabila bakal bertemu Taiwan di pusingan kedua pagi ini di Stadium Titiwangsa.\rNamun, ketua jurulatih kebangsaan, Jamaluddin Hassan sama sekali tidak mahu mendabik dada dan secara diplomasi menghormati keupayaan Taiwan yang berjaya menumpaskan Perancis 3-2 di peringkat kumpulan, semalam.\r\n\n\n\n\r “Sebenarnya saya sedikit terkilan kerana regu negara tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini disebabkan mendapat bye dan ini serba sedikit menyukarkan kami untuk mencari tempo.\r\r\n\n\n\n\n “Kami tidak mahu memandang rendah kebolehan Taiwan. Sasaran kami ialah memasuki final dan membawa pulang pingat emas,” katanya semalam.\rSementara itu, jurulatih Taiwan Chien-Choupan berkata, pasukannya akan mencuba melakukan yang terbaik ketika bertemu Malaysia dan menyifatkan perlawanan itu sebagai medan menimba pengalaman.\r“Di Taiwan, sepak takraw baru saja dua tahun bergerak aktif. Untuk perlawanan esok (pagi ini), kalah atau menang itu tidak mengapa. Saya juga akan membarisi pemain yang sama ketika bertemu Perancis,” katanya yang turut berbangga dengan pencapaian anak didiknya itu melepasi halangan di peringkat kumpulan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|