CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

Liverpool tampak serius: Rooney

[Copy link]
Post time 23-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Saya rasa mereka mampu bangkit kali ini’\rLONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney yakin Liverpool yang kembali menampilkan aksi cemerlang boleh muncul sebagai pencabar tulen dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim baru nanti, menurut satu laporan semalam.\r\n\n\n\n\r    Penyerang England itu yang menjaringkan hatrik untuk United minggu ini ketika jelajah mereka ke Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa aktiviti pembelian pemain Liverpool pada musim panas ini akan menjadikan mereka mempunyai lebih keupayaan untuk mencabar kejuaraan.\r\r\n\n\n\n\n    Liverpool sudah membelanjakan hampir 50 juta pound (RM242.409 juta) pada penamat musim lalu untuk mendapatkan pemain tengah Jordan Henderson dan Stewart Downing serta pemain perancang Scotland, Charlie Adam dari Blackpool.\rPengurus Liverpool, Kenny Dalglish juga sedang bersedia untuk menandatangani beberapa lagi pemain yang disifatkan Rooney boleh menjadikan The Reds boleh muncul sebagai pencabar kejuaraan.\r“Saya rasa mereka boleh mencabar kali ini,” Rooney dilapor berkata dalam media British.\r“Mereka berjaya menandatangani beberapa pemain British yang bagus, dan di bawah Kenny Dalglish, saya yakin mereka akan mencuba lebih keras daripada sebelum ini, bersaing untuk berada di kedudukan teratas.\r\n\n\n\n\r“Mereka merasakan mereka berpeluang untuk memenangi kejuaraan musim depan.”\rRooney turut merasakan pencabar tetangga mereka, Manchester City juga akan menjadi pencabar kuat selepas menamatkan musim lalu di kedudukan yang membanggakan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051201 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list