CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Mesti Tonton: Rahsia gadis pembunuh

[Copy link]
Post time 23-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Filem: Hanna\rGenre: Aksi, Thriller, Drama\rPengarah: Joe Wright\r\n\n\n\nPelakon: Saoirse Ronan, Eric Bana, Cate Blanchett, Tom Hollander, Olivia Williams, Jason Flemyng \rTayangan: Mulai 21 Julai 2011\r\r\n\n\n\n\nPERMULAAN filem ini bagai menjanjikan kisah yang bakal menggegarkan panggung serta dada penonton apabila membaca sinopsisnya dikira cukup menarik. Kisah seorang anak remaja dilatih bapa sendiri sebagai pembunuh sempurna, memang kedengaran amat mengujakan.\rVisual seorang remaja perempuan memburu rusa di sebuah kawasan hutan bersalji di Finland, diikuti babak seorang bapa mengajar remaja terbabit selok belok cara mempertahankan, seterusnya menyelamatkan diri daripada cengkaman musuh, terus mencengkam perasaan, apatah lagi persekitaran muram bumi yang diliputi putih salji dikira mempesonakan.\rSetengah jam pertama, Hanna, arahan Joe Wright (sutradara The Soloist, Atonement, Pride & Prejudice) memang meyakinkan. Bagaimanapun, keseronokan menonton sedikit merosot apabila remaja itu mula keluar daripada lokasi persembunyiannya. \rMemang masih ada elemen mendebarkan dan komedi yang sedikit sebanyak mengubat kebimbangan penonton, andai jalan ceritanya membuatkan mereka terus dilanda kebosanan, namun ia belum cukup untuk meletakkan filem ini setanding judul dalam kategori hampir sama. \r\n\n\n\n\rPada mulanya ia dilihat seakan menjurus kepada karya seperti The Bourne Identity ataupun The Bourne Supremacy, filem genre aksi thriller yang dianggap berkesan dan menghiburkan, sayangnya Hanna gagal menyamai, apatah lagi untuk menandingi filem terbabit. \rAksi dipaparkan juga kurang menyengat, seakan dibuat ala kadar. Biarpun tidak masuk akal untuk remaja belasan tahun punya kemahiran begitu tinggi hingga mampu menumpaskan dengan mudah lawan yang nyata lebih gagah dan besar, namun plot filem ini punya rahsia sendiri dan hakikatnya juga ia masih sebuah cereka, di mana segala-galanya mampu menjadi kenyataan. \rBegitupun, tahap aksinya masih jauh ketinggalan berbanding babak pergaduhan mahupun pertarungan filem aksi lain yang pernah menemui penonton sebelum ini. Nasib baik elemen kelakarnya berjaya dicetuskan apabila Hanna ditemukan dengan sebuah keluarga yang melancong bersama van kembara. Anak perempuan pasangan pengembara itu mencuri perhatian dengan dialog dan wajah tanpa emosinya.\rBegitupun, pendukung watak utama, Saoirse Ronan, tetap memberikan persembahan begitu meyakinkan. Dia pelakon muda yang cukup berpotensi untuk terus menonjolkan bakat hebat di arena lakonan antarabangsa. Andainya pelakon Irish ini terus beraksi di bawah pengarah berkaliber, pasti suatu hari trofi Bafta, Golden Globe, mahupun Oscar berada dalam genggamannya.\rFilem ini mengetengahkan watak Hanna, dipaparkan sebagai bukan remaja biasa. Dia memiliki kekuatan, stamina dan kepintaran bak seorang tentera. Semua itu hasil asuhan bapanya, bekas ejen CIA, di kawasan pedalaman Finland.  Cara dia dibesarkan semata-mata untuk menjadikannya pembunuh yang tiada kelemahan. Titik tolak alam dewasa Hanna bermula sebaik saja dia menggalas misi yang disusun bapanya. Hanna merentasi Eropah, di samping mengelak daripada ditemui ejen yang dihantar seorang wanita tidak berperikemanusiaan. \rCarta Pecah Panggung:\r1 - Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2\r2 - Transformers: Dark of the Moon\r3 - Flat 3A\r4 - Mr Popper’s Penguins\r5 - Deiva Thirumagal \r6 - Tolong! Awek Aku Pontianak \r7 - Larry Crowne\r8 - Venghai\r9 - Monte Carlo\r10 - Green Lantern

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.256573 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list