CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84|Reply: 0

Benteng negara rapuh

[Copy link]
Post time 24-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mesti menang  2-0 di Bukit Jalil\rKEGOYAHAN benteng Harimau Malaya sekali lagi terserlah apabila lima kali gawang negara dibolosi ketika tunduk 5-3 kepada musuh tradisi, Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.  \r\n\n\n\n\r  Apapun, kebangkitan anak didik Datuk K Rajagobal yang ketinggalan 4-1 pada babak pertama sebelum tewas 5-3 harus dipuji sekali gus menyalakan kembali harapan untuk mengukir sejarah mara ke pusingan ketiga yang pada mulanya tipis.\r\r\n\n\n\n\n  Ini kerana mereka berpeluang menebus kehampaan itu dengan sekurang-kurangnya menewaskan lawan itu 2-0 dalam baki permainan 90 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.\rBegitupun, lima gol yang menggegar jaring negara dikawal Mohd Sharbinee Allawee membuktikan kegoyahan benteng diterajui Muslim Ahmad masih belum dapat diatasi selepas melepaskan 14 gol daripada empat perlawanan terakhir sebelum ini.\rMalah, ia membuktikan Singapura  begitu ampuh apabila empat daripada lima pemain nutralisasi mereka menyumbang semua gol bagi membolehkan mereka membawa bekalan selesa menghadapi perlawanan kedua. \rApapun, Harimau Malaya terlebih dulu ceria apabila Safee Sali menggegar jaring lawan menerusi serangan sulung ke kubu lawan ketika permainan baru berusia 30 saat.\r\n\n\n\n\rNamun, tuan rumah pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi berusia 41 tahun, Aleksander Duric sebelum Qiu Li, Mustafic Fahruddin dan Shi Jiayi menjadikan kedudukan 4-1 sebelum rehat.\rCabaran Harimau Malaya bertambah derita apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah selepas mengasari Haris Harun minit ke-49.\rAbdul Hadi Yahaya yang masuk menggantikan Ahmad Fakri Saarani menyalakan harapan apabila merapatkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-69 sebelum Safee sekali lagi membuktikan bisanya menjaringkan gol ketiga, seminit kemudian.\rNamun, Duric jelas menjadi duri dalam daging kepada benteng negara apabila menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-80 untuk membolehkan Singapura menang 5-3.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.363264 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list