View: 113|Reply: 0
|
Bennet yakin Singa mampu ulangi kemenangan di KL
[Copy link]
|
|
PEMAIN pertahanan Singapura, Daniel Bennet menyuarakan keyakinan kemenangan pasukannya menewaskan Malaysia 5-3 malam kelmarin, mampu diulangi skuad Singa itu di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, sekali gus mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.\r“Kami memiliki bekalan selesa dan kami yakin mampu mempertahankannya dalam perlawanan kedua nanti. Ini adalah peluang keemasan untuk kami mara sekali lagi,” kata pemain kelahiran England berusia 33 tahun itu. \r\n\n\n\n\r Bennet bagaimanapun menjadi satu-satunya daripada lima pemain import yang beraksi dalam skuad Singa itu yang gagal menyumbat gol dalam perlawanan itu.\r\r\n\n\n\n\n Empat pemain lain berjaya menjaringkan gol dengan dua daripada lima gol itu disumbangkan pemain kelahiran Bosnia, Aleksander Duric, Shi Jiayi dan Qiu Li (China) dan Mustafic Fahrudin (Yugoslavia).\rBennet yang mula menyarung jersi Singapura pada 2002 dan sudah membuat 101 penampilan, menegaskan pasukannya juga tidak gentar beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.\r“Walaupun padang berbeza, kami yakin dapat menyesuaikan diri. Kami juga tidak berdepan masalah beraksi di depan puluhan ribu penyokong tuan rumah,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|