CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Hamilton juara GP Jerman

[Copy link]
Post time 25-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Vettel sekadar tempat keempatNURBURGRING: Lewis Hamilton memastikan kemenangan kedua tahun ini dan ke-16 dalam kariernya apabila mengesahkan kebangkitan semula McLaren ketika menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jerman, semalam.\rPemandu 26 tahun Britain itu yang bermula dari petak kedua, mendahului saingan sejak awal dan mempamer percaturan dan strategi tepat sambil mengekang pencabar lain hingga penamat.\r\n\n\n\n\r    Juara 2008 itu menguasai perlumbaan untuk tempoh yang lama tetapi terpaksa bersaing sengit untuk mengekalkan kelebihan 3.9 saat di depan pemandu Ferrari dari Sepanyol, Fernando Alonso.\r\r\n\n\n\n\n    Juara dunia dua kali yang memenangi perlumbaan GP British dua minggu lalu, menduduki tempat kedua, di depan pemandu Red Bull dari Australia yang bermula di petak pertama, Mark Webber tatkala rakan sepasukannya yang juga juara bertahan, Sebastian Vettel di tangga keempat.\rIa adalah penamat terburuk buat Vettel yang mendahului senarai pungutan mata selepas menguasai penuh musim perlumbaan, menandakan Red Bull bakal mendapat saingan sengit pada baki perlumbaan akan datang.\rPemandu Ferrari dari Brazil, Felipe Massa di tempat kelima, di depan pemandu Force India, Adrian Sutil manakala dua pasangan Mercedes, Nico Rosberg dan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher di tempat ketujuh dan kelapan. \r“Whooooah!” jerit Hamilton sebaik melintasi garisan penamat buat kali pertama selepas GP China April lalu.\r\n\n\n\n\r“Ya, itulah yang sepatutnya. Cukup hebat. Terima kasih semua, ini cukup mengujakan.\rVettel kini mengumpul 216 mata, kekal di tangga teratas dan 77 mata di depan Webber (139) manakala Hamilton di tangga ketiga dengan 134. Alonso di tangga keempat dengan 130. – AFP     \r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.215419 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list