View: 93|Reply: 0
|
Evans makin hampiri juara Tour de France
[Copy link]
|
|
CRETEIL (Perancis): Mahkota kejuaraan Tour de France tampak semakin kemas di dalam genggaman Cadel Evans tatkala pakar pecut masih bersaing sengit merebut jersi hijau menjelang peringkat terakhir di Champs Elysees.\r\n\n\n\n\r Sebahagian besar laluan peringkat terakhir itu yang menampilkan perlumbaan sejauh 95 kilometer dari Creteil, akan melalui jalan raya terkenal di Paris dengan Evans berpeluang cerah merakam sejarah muncul pelumba Australia pertama memenangi Tour de France.\r\r\n\n\n\n\n Namun buat pelumba Britain, Mark Cavendish yang kini mendahului kedudukan mata, masih banyak yang perlu dilakukan. Pada edisi lalu, dia terlepas jersi hijau walaupun merakam rekod jaguh pecut dengan 15 kemenangan peringkat dalam tempoh tiga tahun.\rKali ini, dia berada di kedudukan terbaik untuk menyarung jersi Raja Pecut selepas menambah empat lagi kemenangan peringkat dalam edisi kali ini dan bakal mencecah jumlah ke-20 jika mampu mengulangi kejayaannya di Champs Elysees seperti tahun lalu.\rSatu zon pecutan, yang menanti apabila pelumba masuk ke pusingan terakhir, akan menentukan pertarungan antara pelumba Britain itu dan pesaing dari Sepanyol, Jose Joaquin Rojas yang hanya ketinggalan 15 mata.\r“Saya jangkakan perlumbaan akan berakhir dengan pecutan beramai-ramai. Saya masih belum bergelar juara, kita perlu bercakap semula esok,” kata Cavendish mengenai peluangnya menjadi Raja Pecut selepas tamat ujian masa di Grenoble kelmarin. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|