CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Bosan, rimas

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Semakin menjadi-jadi pulaMAHU saja dia menjerit, meluahkan segala isi hati dan  perasaan bosan yang tidak dapat ditahan-tahan itu. Entah  mengapa, sejak namanya diheret dalam kontroversi mem babitkan pelakon baru, Neelofa, aktres jelita, Nur Fazura  Sharifuddin atau Fazura mengaku hidupnya tidak tenteram  kerana sering diajukan persoalan yang dia sendiri tiada  jawapannya. \n\n\n\nSemuanya bermula apabila timbul khabar angin menga takan Neelofa pernah keluar bersama serta mempunyai hu bungan istimewa dengan seorang kenamaan (VVIP), yang  juga didakwa sebagai kekasih Fazura. Ekoran dari itu, ber mulalah episod kelabu membabitkan dua pelakon ini.\n\n\n\n\nDan situasi itu juga sering meletakkan diri pelakon drama  bersiri Tahajjud Cinta ini dalam keadaan serba salah. Andai  terus mengunci mulut dan enggan melayan sebarang soalan  berkaitan kontroversi itu, dituduh tidak mahu memberikan  kerjasama. Tapi, jika dijawab semua pertanyaan yang di bangkitkan, nanti dituduh ‘jahat’ sedangkan pada hakikat nya, dia sendiri tidak tahu punca serta alasan dirinya di babitkan dalam perkara itu.Disebabkan itulah dia lebih gemar mendiamkan diri atau pun memberikan jawapan yang selamat kepada setiap soalan  yang diajukan supaya kontroversi itu tidak terus diperbesar- besarkan. Namun, semakin didiamkan, kata Fazura semakin banyak  pula cerita kurang manis yang sampai ke telinganya.“Saya memang tak faham mengapa saya perlu dikaitkan  dengannya (Neelofa). Terus terang saya memang rimas apa bila soalan mengenai kontroversi itu diajukan kepada saya.  Sudah berkali-kali saya tegaskan bahawa saya tidak mahu  lagi dihujani dengan pertanyaan mengenai perkara ini.\n\n\n\n“Tapi apabila saya mendiamkan diri, saya ingat perkara ini  akan senyap begitu saja. Namun, apa yang berlaku adalah  sebaliknya. Semakin banyak pula cerita yang bukan-bukan  keluar. Saya percaya kalau tak ada orang yang memulakan  cerita ini, perkara ini tidak akan menjadi bahan pertanyaan  media,” kata Fazura ketika ditemui pada majlis Hari yang  Indah Bersama Selebriti Lux  di sebuah hotel terkemuka di ibu  negara, petang kelmarin.Lebih membuatkan wanita berusia 27 tahun ini bengang  apabila Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan kononnya  kontroversi itu timbul disebabkan perasaan dengki.“Saya ada terbaca artikel kononnya kami dengki kepadanya. Malah dia juga mendakwa ada pakatan untuk men jatuhkannya. Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan se perti itu? Kalau difikir secara logik, mengapa perlu kami  menjatuhkan dirinya? Ramai pelakon lain juga bengang  dengan kenyataannya itu.“Lainlah kalau dia pernah menang anugerah, tawaran  berlakon yang berderet, adalah sebab untuk kita dengki  kepadanya. Ini lakonan dia pun saya tak pernah tengok lagi  dan belum teruji, macam mana nak kata kami berdengki.  Lainlah kalau dia seperti Lisa Surihani atau Liyana Jasmay  yang bukan saja cantik, tetapi banyak menang anugerah,  barulah ada sebab untuk saya cemburu,” jelasnya lagi.Bagaimanapun, sampai juga ke telinga Hip bahawa Neelofa  dikatakan ada bersemuka dengan Fazura untuk menyele saikan kemelut yang timbul membabitkan mereka. ketika diajukan pertanyaan mengenai kesahihan perkara  itu, Fazura enggan mengulasnya.“No Comment. Saya tiada masalah dengannya. Kami masih  boleh berlakon bersama dan pada awal kemunculannya, saya  pernah memujinya, serta percaya dengan bakat yang dia ada.  Tapi tiba-tiba begini pula jadinya.“Yang pasti, saya tidak akan sesekali bersemuka dengannya  untuk menyelesaikan perkara ini. Untuk apa saya berbuat  demikian kerana bukan saya yang memulakan kontroversi  ini. Lagi pun, lebih baik masa yang ada itu saya habiskan  dengan melayan peminat serta tumpukan perhatian terhadap  kerjaya lakonan daripada melayan perkara yang tak masuk  akal ini,” tegas Fazura berkali-kali.Bertudung bukan untuk cipta imej baikTIDAK dinafikan ramai yang terpikat melihat penampilan  Fazura dalam drama lakonannya. Tampil ayu dan sopan  mengenakan hijab menerusi drama bersiri Kitab Cinta dan  Tahajjud Cinta, membuatkan peminat pelakon ini menaruh  harapan supaya pelakon ini akan kekal dengan imej se begitu. Bukan kali pertama Fazura memakai tudung untuk meng hidupkan wataknya. Dalam filem Qaisy Dan Laila arahan  Arief Karmahaini, dia sudah tampil dengan rambutnya di tutupi sepenuhnya. Dan, selepas dua bulan berada di lokasi penggambaran  drama yang memerlukan dirinya bertudung, Fazura juga  mengakui dirinya juga sudah terbiasa dengan imej sebegitu.Bagaimanapun, tidak mahu peminat keliru dengan pe nampilannya itu, Fazura meminta supaya mereka dapat  membezakan antara karakter dalam lakonan dan dirinya  yang sebenar.“Saya tahu ramai yang mengharapkan saya mengenakan  tudung hanya disebabkan suka dengan penampilan saya  dalam dua drama iaitu Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta.  Memang saya ada cita-cita ke arah itu, tapi saya tak tahu bila,”  katanya.Fazura juga menafikan dakwaan kononnya sering mem bawa watak bertudung kerana mahu menonjolkan imej baik  kepada dirinya.“Sebagai pelakon, saya membawakan apa saja watak yang  dikehendaki pengarah. Apa yang mereka tonton itu adalah  karakter saya dalam lakonan saja,” katanya.Ramadan yang bakal menjengah Isnin depan bukanlah  penghalang untuk pelakon ini meneruskan aktiviti seninya.  Pada hari kedua bulan yang mulia itu, Fazura berkata, dia  akan menjalani penggambaran telefilem Kitab Cinta untuk  disiarkan pada hari raya Aidilfitri nanti.Drama yang akan disiarkan di saluran Al-Hijrah itu di arahkan oleh Erma Fatima. Dalam perkembangan berkaitan,  Fazura berkata, dia juga akan ke Istanbul, Turki pada 21  September depan untuk penggambaran filem romantik ko medi terbitan Red Communications Sdn Bhd.“Filem arahan Bernard Chauly ini akan menyaksikan saya  bergandingan dengan dua pelakon lelaki. Itu saja yang boleh  saya beritahu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.162704 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list