View: 202|Reply: 0
|
Dengarnya...: Artis cintakan haiwan pupus
[Copy link]
|
|
TIDAK cukup hebahan gambar seorang dua artis beragama Islam bersama anjing, Cik Normah turut dikhabarkan mengenai kisah selebriti yang diintai pihak berkuasa dek kegilaan membela binatang yang disenaraikan dalam kategori hidupan liar. \rMemang sifat sayangkan haiwan tidak dapat lari dalam diri setiap insan, cuma wajarlah berpada-pada.\rMungkin artis wanita yang pernah juga dikaitkan dengan kisah kontroversi itu mahu kelainan. Maklumlah, kalau rakan lain bela kucing, burung kakak tua atau sugar glidder, sudah tentu dia ingin lebih ekstrem sampai sanggup bela haiwan yang tak sepatutnya. \r\rCik Normah bukan bercerita pasal anjing, sebaliknya mengenai haiwan lain yang dikatakan hampir pupus.\r\n\n\n\n\n\rSetakat ini pihak berkaitan sudah mengintip pergerakan artis terbabit yang gemar mengusung ke sana sini ‘teman’ kesayangannya itu. Malah dek rasa cinta mendalam kononnya, banyak gambar haiwan kecil tu di laman sosial Facebook atau muka buku bak kata Najwa Latif. \rYang kelakarnya siap dipakaikan lampin pakai buang lagi. Tahulah nak belajar-belajar jaga bayi, tapi tak perlu jadikan haiwan eksotik itu sebagai bahan tayangan.\rCik adik, banyak lagi haiwan peliharaan lain yang boleh dibelai dan disayang. Cik Normah nak menasihatkan, sebelum terlambat hantarlah teman awak ke tempat sepatutnya. \rAgaknya dia tak tahu, memelihara haiwan yang berada di bawah pihak berkuasa boleh dikenakan tindakan mahkamah. Sebelum terlambat harap-harap dia cepat tersedar.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|