View: 121|Reply: 0
|
Dengarnya...: Kenapa nak malu?
[Copy link]
|
|
Dengarnya...: Kenapa nak malu?Oleh Normah Becok2011/08/03\n\n\n\n\n\n\n\nMAKIN popular nampaknya bintang filem Tolong Awek Aku Pontianak, siapa lagi kalau bukan Aeril Zafrel. Wajahnya pun sebelum ini kerap menghiasi televisyen dan sebaik di layar perak, semakin terkenal anak muda yang tampak berbakat itu.\rCik Normah pun tahu dia punya ramai peminat dikalangan anak gadis. Anak teman Cik Normah yang masih sunti pun ada bertanyakan mengenai pelakon berkenaan ketika filem lakonannya rancak di pawagam.\rBaru-baru ini, Din Dangdut yang memang kaki wayang tu memaklumkan sudah terserempak dengan Aeril Zafrel di sebuah panggung wayang. Iyalah, wajah popular siapa yang tak kenal.\r\rApa yang membuatkan lelaki yang kaki rock itu pantas menghubungi Cik Normah adalah disebabkan rasa peliknya terhadap sikap bakat muda terbabit. Barangkali mengetahui Din Dangdut itu wartawan, cepat-cepat dia melepaskan tangannya yang erat menggenggam tangan seorang gadis jelita. \r\n\n\n\n\n\rKenapa perlu malu, daripada orang tak perasan awak artis, terus orang toleh dua kali untuk mendapatkan kepastian. Iyalah kata Din Dangdut. Kalau betul bercinta apa salahnya, tak perlulah nak malu atau sembunyi. Kebetulan orang nampak, nak buat macam mana. Kalau was-was bimbang ada saksi, awal-awal lagi janganlah berpegangan tangan.\rUlas Din Dangdut panjang lebar, kalau dia berada di tempat gadis tu, waktu itu juga dia lari tinggalkan Aeril sendirian. Mana tidaknya, elok saja jalan berpimpin tangan tiba-tiba dilepaskan. Kata teman Cik Normah, gadis yang dilihat bukan artis cuma gadis biasa. Mungkin dia tidak mahu peminat salah sangka atau sememangnya gadis yang dibawa itu perlu dipimpin. Jadi takut pelakuan itu disalah erti. Alaa Aeril, awak bujang tiada siapa yang melarang. Tak macho langsung nak sorok-sorok awek!
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|