|
KD pertahan tindakan suami insiden kasari wartawan penyiaranSEBUAH dunia yang jauh berbeza daripada apa yang pernah dilaluinya, namun kerana beristerikan seorang wanita yang berstatus selebriti mengheret Raul Lemos untuk turut sama bergelut dan memahaminya. Lebih empat bulan disatukan, ternyata apa dilalui pengusaha asal Timor Leste yang juga suami penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD masih belum memadai untuk dirinya memahami warna sebenar industri hiburan. \rPopulariti KD yang masih utuh tanpa rela menjerat Raul untuk terus disorot media dan perkara itu bukan sesuatu yang mudah untuk dicerna.\r\n\n\n\n\r Isnin lalu, pasangan yang diijabkabulkan pada 20 Mac 2011 ini kembali terheret dalam kancah kontroversi apabila Raul didakwa mengasari wartawan dalam satu insiden di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Dua wartawan penyiaran dari Global TV mendakwa mereka dicekik Raul yang ketika itu berasa terganggu apabila isterinya didekati untuk diwawancara sebaik mereka tiba dari Dili.\r\r\n\n\n\n\n “Ini bukan dunia saya. Saya mohon maaf, mungkin perlu waktu, tapi saya akan berusaha. Saya tidak pernah melarang isteri saya ditemubual media tetapi berilah kami kebebasan. Berikan kami sedikit kebebasan untuk dinikmati. Manusia tidak luput daripada kesalahan. Saya harus belajar,” ungkap Raul pada sesi pertemuan dengan media untuk menjelaskan perkara sebenar di Kebayoran Baru, Jakarta, Rabu lalu.\rRaul menjelaskan, dia tidak keberatan jika wartawan mahu menemubual isterinya tetapi pertemuan itu harus dibuat dalam suasana yang tidak mengganggu. Dia juga akur, menikahi seorang selebriti bermakna sebahagian privasi yang dipertahankannya selama ini terlerai kerana banyak hal terpaksa dikongsi bersama umum.\rMembuktikan keikhlasannya, Raul sudah pun merancang untuk menyiapkan tempat khusus kepada wartawan apabila KD melahirkan bayi perempuan mereka nanti.\r“Insya-Allah, perkara ini tidak akan terjadi lagi. Hubungan media dan isteri saya bagaikan gelas dan air, mana mungkin saya melarangnya. Saya juga tidak pernah sesekali menghalang KD untuk bertemu media, malah kami merancang menyediakan tempat kepada wartawan menyambut kelahiran bayi kami nanti,” katanya berharap isu itu segera selesai, malah berdoa Ramadan yang datang meredakan amarah yang masih bersisa. \r\n\n\n\n\r“Kami berharap semuanya berjalan lancar dan akan segera selesai. Memang saya belum menghubungi dan meminta maaf kepada Global TV tapi saya sudah membuat permohonan itu di media. Rasanya itu sudah memadai daripada saya terus menghubungi wartawan berkaitan. Jika kita berbuat baik, pasti akan ada jalan keluarnya,” jelas Raul dan Enggan lagi mengungkit segala yang berlaku, malah menyerahkan kepada proses perundangan dalam mencari titik penyelesaian,.\rRaul turut menyeru wartawan supaya tidak terpesong dalam melaksanakan pekerjaan mereka.\r“Kalau sudah menolak, maksudnya jangan. Kami tidak pernah menolak untuk melayani permintaan media jika kena pada waktunya.\rMelaporkan berita itu kerjaya kalian tetapi kami juga punya hak untuk menolak. Tapi perkara sudah berlalu, nanti saja proses perundangan,” kata Raul yang memberi keterangan di Balai Polis, Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Cengkareng, Banten, Sabtu minggu lalu.\rSementara itu, KD yakin Allah akan membentangkan jalan supaya pertikaian itu segera selesai. Penyanyi Mencintaimu itu juga percaya, musibah yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan suami.\r“Jujurnya apa yang dilalui cukup memenatkan namun Tuhan mempunyai sebab tersendiri mengapa kami dipilih untuk berdepan hal ini.\rAlhamdulillah kerana mereka yang dekat terus mendokong kami. Apa lagi untuk anak yang masih dalam kandungan, lahirnya nanti sudah punya cerita seperti ini\r“Saya tidak marah pergerakan kami dirakamkan tetapi laporan infotainment itu membuat saya kurang selesa. Apakah saya bersalah mempertahankan diri jika laporan itu menyimpang jauh daripada kebenaran? Haram mencari wang dengan memfitnah orang. Apatah lagi waktu itu kami sudah berterus terang tidak bersedia untuk ditemubual,” jelas Raul. \rMahu bersalin di Jakarta\rMEMASUKI bulan kelapan kehamilan, KD sudah menetapkan keputusan untuk melahirkan anak ketiganya itu di Jakarta dan bukan di tempat kelahiran suaminya di Dili seperti digembar-gemburkan. Biarpun tarikh kelahiran semakin dekat, KD mengakui, dia dan suaminya masih belum membuat persiapan rapi. Cuma sebelum pulang ke Jakarta, Raul sempat menyiapkan bilik di kediaman mereka di sana.\r“Disebabkan mentua tidak dapat berada di sisi saya ketika bersalin nanti, jadi saya dan suami terbang ke Dili untuk terlebih dulu bertemu keluarga di sana. Saya mahu bersalin di Jakarta dan akan tinggal di sini selama tiga bulan. Awalnya saya merancang untuk bersalin di Singapura atau Darwin, Australia. Namun, selepas memikirkan semula rencana bersalin di luar negara itu kurang praktikal. Kasihan suami kerana jauh untuk berulang alik,” katanya.\rDijadualkan melahirkan anak pertama hasil pernikahannya dengan Raul pada awal September ini, KD berkata, pergerakannya yang aktif membuatkan dia sering mengalami kontraksi.\r“Saya tidak boleh duduk diam, ada saja yang mahu diselesaikan. Lagipun ini anak ketiga dan saya sendiri sudah berusia 36 tahun, rasanya apa yang saya lalui ini lebih tenang. Berat badan saya juga tidak naik mendadak, cuma 11 kilogram berbanding dulu apabila berat saya bertambah sehingga 25 kilogram,” katanya.\rMeskipun berdebar menantikan detik kelahiran, KD menjelaskan, kasih sayangnya terhadap dua anak hasil perkahwinannya dengan Anang iaitu Aurel dan Azriel tidak pernah berubah. KD sentiasa cuba mencipta suasana yang selesa buat dua cahaya matanya itu supaya mereka tidak berasa tersisih lantaran dia bakal mempunyai anak kecil.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
Nikah bulan Mac 2011...bulan september 2011 dan nak bersalin???? 7 bulan jer mengandung????emmmm???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|