CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Inilah masanya

[Copy link]
Post time 10-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Awi Rafael muncul dengan single baru saat Pulanglah masih hangatNAMA Awi Rafael mungkin masih kurang melekat di sanubari peminat berbanding single pertamanya, Pulanglah, yang sememangnya kini kerap kali menjadi pilihan penyampai radio untuk diputarkan di stesen masing-masing.\rMeskipun masih baru dalam industri muzik, namun single yang dihasilkan kira-kira empat bulan lalu itu mendapat sambutan begitu memberangsangkan daripada peminat muzik, menjadikannya antara lagu paling popular masa kini.\r\n\n\n\n \rBertitik tolak daripada itu, penyanyi yang juga pencipta lagu ini bertekad untuk menghasilkan produk lebih bermutu dan dekat di hati pendengar, menerusi single keduanya, Bila Aku Jatuh Cinta, yang baru dikeluarkan seminggu lalu.\r\r\n\n\n\n\nMalah, Awi turut berhasrat untuk muncul dengan album penuh walaupun pernah tampil bersama album mini sebelum ini, yang turut memuatkan dua versi lagu Pulanglah dan tiga lagu baru.\r“Sekarang saya sudah mula mempromosikan single kedua di laman Youtube dan Facebook saya sendiri. Kedua-dua single itu hasil ciptaan saya sendiri.\r“Alhamdulillah, single pertama mendapat sambutan daripada peminat dan sering dimainkan di radio, jadi saya berharap single kedua juga mendapat sambutan serupa,” katanya.\rWalaupun single pertamanya masih hangat dimainkan di radio, namun Awi berasakan ini masa paling sesuai untuknya muncul bersama single kedua, pada ketika sambutan dan sokongan daripada peminat terhadap dirinya masih cukup dirasa.\r\n\n\n\n\rBahkan, dia sudah pun mempunyai material untuk single berikutnya, yang diharap dapat dikeluarkan dalam tempoh terdekat.\r“Saya berasa senang kerana dapat menghasilkan lagu saya sendiri dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menerbitkannya, walaupun single pertama masih baru dalam pasaran.\r“Bagi saya, kalau sudah mempunyai material yang cukup dan dirasakan sesuai untuk dikeluarkan, apa salahnya daripada dibiarkan terperap kerana ini masanya untuk peminat lebih mengenali siapa Awi Rafael,” jelasnya.\rBerasakan peminat dahagakan buah tangan terbaru daripadanya, Awi bertekad untuk terus berkarya dalam menghasilkan muziknya yang tersendiri.\rLebih daripada itu, Awi turut menghasilkan klip video Bila Aku Jatuh Cinta yang menampilkan pelakon Neelofa sebagai model.\r“Klip hasil arahan Helmi Ezfar ini sudah pun dikeluarkan di Youtube. Ia menjalani penggambaran selama dua hari saja di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Petaling Jaya.\r“Pemilihan Neelofa pula dibuat kerana kami berasakan dia memang sesuai dengan lagu terbabit. Kami tertarik dengan wajahnya juga bersifat sejagat, selain bakat besar yang dimilikinya,” jelasnya yang berjaya mengumpulkan kira-kira 1,000 peminat menerusi kelab peminatnya, AwiDDicted.\rRahmat di sebalik kemalangan\rBULAN puasa bukanlah masa untuknya merehatkan diri, sebaliknya penyanyi ini beranggapan ia masa yang sesuai untuk menaikkan lagi namanya agar lebih dikenali.\r“Lagu Pulanglah meninggalkan kesan kepada peminat muzik dan dari situ nama saya dikenali. Saya masih baru jadi saya tak boleh duduk diam kena buat sesuatu untuk peminat lebih mengenali saya.\r“Sejak menceburkan diri dalam industri ini, jadual kerja saya amat ketat sampaikan bulan puasa pun penuh dengan undangan berbuka serta rakaman untuk program raya,” katanya.\rMeskipun sibuk, Awi tetap meluangkan masa untuk bersama dengan peminat di samping meraikan anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Muzik FM baru-baru ini.\rKekangan tugas pada Ramadan dengan membabitkan diri dalam program Ekspresi Kembara M Nasir dan Jamal Abdillah, Melodi Raya, GiG TV9 dan Sampaikan Salam sempena Aidilfitri juga tidak menjadi halangan untuk dia turut serta dalam program Singgah Sahur.\rBaginya, pengalaman berpuasa buat pertama kali sebagai artis memang memenatkan, tetapi berada di bawah jenama Warner Music, perjalanan kerjaya seninya lebih tersusun.\rAwi sempat berkongsi cerita, sejak dirinya terbabit dalam kemalangan jalan raya lebih seminggu lalu, dia kini lebih berhati-hati dan ketika yang sama memperbanyakkan ibadat.\r“Saya akui apabila terlalu banyak mendapat perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana terselamat dan hanya mengalami luka sedikit di dahi. Sebelum ini, mungkin saya bersikap acuh tak acuh dengan solat tetapi kini saya nak perbetulkan kesilapan yang sudah saya lakukan,” katanya. \rKemalangan yang menimpa dirinya pada 3 Ogos lalu di Lebuh raya Persekutuan, selepas menjalani sesi fotografi dengan majalah hiburan di Shah Alam, nyata menyedarkan dirinya agar lebih berhati-hati dan tidak hanyut dalam dunia seni.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.176659 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list