CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Enggan terburu-buru

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tolak tawaran filem demi timba pengalaman berlakonSEBELUM wanita cantik ini muncul di kaca televisyen, beraksi dalam drama Suria Di Cordoba dan Ramadan Terakhir, dia sebenarnya terlebih dulu menarik perhatian produser filem. \n\n\n\nBagaimanapun, enggan terburu-buru mengejar nama, pemilik nama Anzalna Nasir ini secara baik menolak lamaran yang datang. Bukan mengetepikan rezeki atau tidak mahu bergelar bintang filem, namun keyakinannya untuk muncul di layar lebar ketika itu belum benar-benar bersarang di jiwa. Seboleh-bolehnya dia ingin menimba pengalaman berlakon drama TV terlebih dulu.\n\n\n\n\n\nAnzalna sendiri sedikit pun tidak menyesal apabila menolak tawaran berlakon filem.\"Saya nak cari menimba pengalaman dan belajar serba-sedikit mengenai lakonan. Saya tidak mahu penampilan sulung di filem menerima kutukan apabila filem itu ditayangkan nanti. Begitu juga saya tidak suka menyusahkan pengarah dan kru di lokasi, kalau lakonan saya asyik tidak menjadi. Apa pula kata mereka kalau untuk satu adegan saja, mereka terpaksa mengulanginya sampai berpuluh-puluh kali?\"Jadi, biarlah saya pungut pengalaman menerusi lakonan di TV dulu. Lagipun saya berasakan, tiada apa yang perlu saya kejar dan buat apalah hendak terburu-buru? Saya percaya, kalau ada rezeki, pasti ada tawaran lain yang datang selepas ini,\"爇ata bakat baru ini.Mungkin kini namanya semakin meniti bibir peminat dan penerbit, namun tidak lama dulu empunya diri tidak pernah terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai karier. Apatah lagi apabila minat asalnya lebih kepada nyanyian.\n\n\n\nMenurutnya, dia memang menjangkakan peluang untuk melangkah ke dunia seni pasti ada. Begitupun, dia tidak menyangka, ruang dihulurkan itu lebih terarah kepada lakonan.\"Jadi, apabila saya mula-mula berlakon dulu, saya dapat rasakan aksi saya di depan kamera agak kaku. Namun, menerusi penampilan kedua dalam Ramadan Terakhir, lakonan saya mula mendapat maklum balas yang positif. \"Sejak itu, saya berazam untuk mempertingkatkan keupayaan diri. Kalau diizinkan, saya juga teringin mengikuti kelas lakonan. Namun buat waktu ini, saya banyak belajar di lokasi, serta daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap lakonan bintang lebih berpengalaman lain. \"Sewaktu awal-awal dulu, saya banyak juga belajar daripada Adi Putra, yang berlakon bersama-sama dalam Suria Di Cordoba. Dia tidak lokek memberikan petua bagaimana untuk menghayati watak dan menguasai dialog. Kini, bersama drama terbaru, lebih banyak lagi ilmu yang saya pelajari,\" ujar Anzalna yang meminati pelakon Nazim Othman dan Fauziah Nawi.Katanya lagi, sebelum bergelar pelakon, dia sebenarnya bukanlah kaki wayang, apatah lagi untuk melekat berjam-jam menonton drama bersiri di TV.\"Bahkan, saya pernah ditarik telinga apabila tertidur dalam pawagam, tidak lama selepas filem diputarkan,\" katanya sambil ketawa kecil.Namun kini, dia berasakan dirinya perlu untuk lebih kerap menonton persembahan pelakon lain, demi memantapkan lagi kemahiran diri.Menangis kerana adik saudaraADA pengorbanan perlu dilakukan wanita ini apabila berhasrat menjadikan lakonan sebagai periuk nasi. Percintaannya jejaka terputus dek wujudnya percanggahan antara mereka, apabila dia memilih untuk menjadi anak seni.\"Sedangkan, dialah yang banyak menggalakkan saya untuk menyertai Dewi Remaja tidak lama dulu. Namun, apabila tawaran berlakon tiba, dia kurang bersetuju untuk saya bergelar pelakon. Jadi, demi kebaikan masing-masing, kami mengambil keputusan bawa haluan sendiri,\" katanya yang kini mengaku belum mempunyai pengganti.Bagi Anzalna, tawaran yang dihulurkan penerbit tentu sekali peluang terbaiknya untuk mencari rezeki. Ditambah minat yang kian bercambah, maka dia beranggapan amat merugikan sekali jika peluang itu ditolak ke tepi.\"Jauh di sudut hati, saya memang ingin mengumpul wang, bukan saja untuk masa depan sendiri, tetapi juga demi membantu adik saudara saya yang menghidap penyakit buah pinggang. Sudah lama saya memasang impian untuk membantunya, apatah lagi dia sendiri bukanlah daripada keluarga yang berada.\"Malah, dia jugalah yang saya kenangkan, ketika dikehendaki melakonkan babak menangis dalam Ramadhan Terakhir. Jika tidak kerana adik saudara saya itu, belum tentu saya dapat menjiwai babak sedih dalam drama arahan Ungku Ismail Aziz ini,\" katanya yang mempunyai Diploma dalam pengajian bahasa dari sebuah kolej di Tasmania, Australia.Menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idolanya dalam dunia nyanyian, Anzalna yang pernah dibesarkan di Kanada bercerita, dalam drama bersiri yang menghiasi slot Samarinda itu, dia berlakon sebagai Rossa, kekasih kepada Daniel (lakonan Aeril Zafril). Sebagai Rossa, dia perlu menjadi wanita yang sanggup berbuat apa demi kekasih.  Selain dirinya, turut berlakon dalam drama itu ialah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Jaslin Puasa dan Eyka Farhana.INFO: Nur Anzalna NasirTarikh lahir: Januari 1988Asal: Pulau PinangProfesion: PelakonDrama: Suria Di Cordoba, Ramadhan TerakhirHobi: Menyanyi, melancong.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047300 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list