CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Pendapatan DRB-Hicom meningkat

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Suku kewangan pertama catat RM1.58 bilionPENDAPATAN DRB-Hicom Bhd pada suku kewangan pertama berakhir 30 Jun 2011 meningkat kepada RM1.58 bilion berbanding RM1.55 bilion yang dicatat pada suku sama tahun sebelumnya.\n\n\n\n  “Prestasi pendapatan yang lebih baik itu disokong sumbangan perolehan tinggi daripada sektor perkhidmatan serta hartanah, pembinaan dan aset,” kata Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.\n\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, keuntungan operasi kumpulan itu susut sedikit kepada RM146.31 juta berbanding RM152.26 juta pada suku sama tahun sebelumnya.Mohd Khamil menjelaskan, keuntungan lebih rendah itu disebabkan masalah gangguan bekalan komponen berikutan bencana alam di Jepun pada Mac lalu.Bagaimanapun, beliau yakin kesan gempa bumi dan tsunami di Jepun tidak menjejaskan prestasi kumpulan itu pada masa depan.“Seperti bencana alam lain, ia  sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dapat dielak. Bagaimanapun, DRB-Hicom dengan kepelbagaian perniagaannya bersedia menghadapi cabaran mendatang,” katanya.\n\n\n\nKatanya, sungguhpun terdapat kemerosotan pendapatan sektor automotif, namun begitu penyelarasan semula strategi perniagaan di sektor perkhidmatan sejak tiga tahun lalu membolehkan kumpulan berdiri kukuh menghadapi kitaran cabaran.Beliau berkata, pengambilalihan Pos Malaysia pada 1 Julai lalu, membolehkan kumpulan itu mengukuhkan sinergi peluang perniagaan dalam kumpulan berkenaan dan dijangka  menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 1.122108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list