CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Sinar syawal Abby

[Copy link]
Post time 27-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mahu terus positif, besarkan anak dengan kasih sayang\"SAYA sudah dapat menerimanya. Dengan rasa ikhlas, saya mendoakan Norman (Norman Hakim) akan ketemu kebahagiaan dicari. \n\n\n\n   \"Andai itu takdir-Nya, saya reda di atas segala yang Allah SWT tetapkan. Saya tidak pernah putus mengharap kepada-Nya semoga saya dan anak-anak dapat melalui kehidupan ini dengan sempurna,\" begitu luahan Abby Abadi, 34, kala ditanya perasaan yang bersarang dalam hatinya, ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba, dua hari lagi.\n\n\n\n\n   Umum mengetahui kisah hidup aktres ini sejak berita perpisahannya dengan aktor, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 35, dipaparkan media hinggalah kisah terbaru, berita pertunangan dan perancangan perkahwinan bekas suaminya itu dengan pelakon baru, Memey Suhaiza Suhaimi, 23, menjadi topik perbualan ramai.       Di sebalik apa yang terjadi, sisipan Inspirasi mendekati Abby untuk berkongsi isi hati, harapan masa depan serta persiapan beliau dan anak-anak menyambut Aidilfitri.\"Saya akui kadangkala perasaan memang mudah terusik apabila isu rumah tangga yang membawa kepada keruntuhan perkahwinan yang dibina bersama Norman menjadi buah mulut umum dan dipaparkan di media. Tetapi perkara sudah berlaku dan saya tiada daya untuk mengubah hakikat itu,\" katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Keramat, Selangor, baru-baru ini.Fitrah manusia dikurniakan Allah SWT dengan perasaan sedih, cemas dan takut, namun Abby merasakan amat perlu untuk dirinya bangkit meneruskan kehidupan serta tidak terus hanyut dalam emosi negatif atau melayan kesedihan berpanjangan.Meskipun perasaan takut dan bimbang pernah datang apabila memikirkan tanggungjawab besar yang perlu digalas untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi, Abby percaya tersirat seribu hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi.\n\n\n\n\"Pengalaman yang sudah saya lalui mematangkan saya. Usahlah meletak seribu harapan dalam sesebuah perkahwinan kerana perjalanan menempuh alam rumah tangga itu sangat mencabar. Sebagai wanita, janganlah terlalu memberi 100 peratus kepercayaan atau terlalu bergantung harap kepada suami,\" katanya.Enggan dikecewakan lagi , Abby berpendapat wanita perlu lebih realistik apabila mengambil keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan turut mempersiapkan diri dengan mengetahui hak-hak sebagai isteri. Ini kerana tiada siapa dapat menjangka kesudahan yang akan berlaku dalam sesebuah perkahwinan.Persepsi masyarakat mengaitkan wanita yang melalui proses atau alam perceraian dengan 1,001 persepsi dan emosi negatif tambah Abby, menjadikan stigma \'janda\' dipandang negatif.\"Hakikatnya, saya dan anak-anak menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak berkurung di dalam bilik dengan menangis berhari-hari mengenangkan perkara yang berlaku. Saya tidak setuju dengan gambaran kolot yang sering bermain di fikiran masyarakat, wanita yang gagal dalam perkahwinan adalah wanita sensitif, lemah dan cengeng,\" katanya.Terus bercerita, Abby berkata, anak-anaknya masih belum mengerti situasi janggal berikutan perpisahannya dan bekas suami. Biarpun hak penjagaan anak-anak berpihak kepada Abby, namun Abby sedaya mungkin tidak meletakkan jarak dan sekatan tertentu bagi Norman meluangkan masa dengan anak-anak. Bersama bekas suami, mereka dikurniakan Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.Penerimaan Memey terhadap anak-anaknya kini juga dilihat dari sisi positif. Mengakui, biarpun berlaku beberapa insiden yang mengundang perasaan bimbang dan mencuit perasaan keibuannya, Abby bagaimanapun bersyukur anak-anak selesa ketika bersama Memey dan tidak ada perkara buruk yang berlaku.\"Saya membesarkan anak-anak dalam lingkungan kasih-sayang yang tidak pernah putus daripada keluarga besar saya. Saya didik mereka untuk bersopan santun, tidak bersikap kurang ajar dan biadab.\"Saya tidak pernah memupuk rasa dendam atau busuk hati dalam diri mereka dan saya akan pastikan tidak wujud sebarang pemikiran negatif terhadap bapa mereka. Anak-anak tetap darah daging Norman dan saya tidak mahu mereka putus hubungan dengan ayah mereka. Saya perlu perbetulkan keadaan bukan mewujudkan suasana tegang,\" katanya.Sebagai wanita berdikari, Abby mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan sejak masih belum berumahtangga. Kebebasan kewangan dinikmatinya sejak usia belasan tahun dan meskipun selepas menyertai dunia hiburan, Abby masih ligat mengatur strategi perniagaan dengan menjual pelbagai produk bagi menambah pendapatan.\"Saya memang suka berniaga. Kenalan dan peminat memberi sokongan memberangsangkan dan menambahkan lagi semangat saya untuk berniaga. Bermula secara kecil-kecilan dengan jualan secara terus kepada pelanggan, kini menerusi sistem perniagaan dalam talian (online) pendapatan yang saya terima makin berlipat ganda,\" katanya.Memilih mendapatkan stok produk dan barangan dari usahawan kecil di kawasan pedalaman, Abby pernah menjalankan perniagaan kuih-muih dan pakaian khususnya untuk sambutan Aidilfitri.\"Pendapatan sebagai pelakon bergantung kepada tawaran yang diterima. Ada waktu-waktunya tawaran kontrak lakonan datang mencurah-curah sekali gus menambah pendapatan, namun saya perlu sentiasa bersedia sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku kerana industri hiburan tempatan tidak statik dan ada pasang-surutnya,\" katanya.Pilih sederhana, suka rendang ayam ibuAIDILFITRI bakal disambut Abby di kampung halamannya di Keramat, Kuala Lumpur. Biarpun suasananya berbeza kerana beraya di tengah bandar, Abby tidak pernah merasakan sambutan lebaran bersama kaum keluarga hambar atau tidak terasa kemeriahannya.Persiapan Aidilfitri untuk ketiga-tiga permata hatinya sudah disempurnakan sejak awal Ramadan, cuma kini Abby sedang mencari aksesori sesuai untuk melengkapkan penampilan di pagi raya.“Alhamdulillah, bajet persiapan Hari Raya sederhana namun lengkap. Untuk anak-anak, saya menyiapkan masing-masing sepasang pakaian tradisional dan kasual untuk digayakan sepanjang menyambut lebaran,” katanya.Abby sekeluarga turut mengambil kesempatan untuk membeli-belah pada saat terakhir. Lokasi yang menjadi tumpuan adalah pusat membeli belah di tengah kotaraya seperti di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.“Saya suka suasana hiruk-pikuk dan kemeriahan yang dapat dirasai pada malam menjelang Aidilfitri di mana peniaga mengadakan lelongan stok barangan yang masih lagi tidak berjaya dijual. Harga runtuh yang ditawarkan kadangkala boleh membuatkan diri rambang mata dan ghairah membeli-belah,” katanya.Anak bongsu tujuh bersaudara ini walau bagaimanapun tetap merindui kelibat salah seorang abangnya, Abdul Halim Abdul Manan, 35, yang kini merantau jauh demi tuntutan tugas sebagai cef di Auckland, New Zealand.“Sudah 14 tahun Abdul Halim tidak menyambut pagi raya bersama kami sekeluarga. Jadual tugas sebagai chef menghalang niatnya untuk kembali ke Keramat menyambut Raya bersama seisi keluarga. Apapun dengan kecanggihan teknologi maya, kami tetap bermaafan di pagi raya biarpun hanya melalui skrin komputer,” katanya.Aidilfitri bagi Abby adalah saat terbaik merapatkan kembali ikatan siratulrrahim dan dengan penuh kerendahan hati memohon maaf kepada kedua orang tua,  seluruh ahli keluarga dan insan yang memberi makna dalam kehidupan.Abby yang begitu menitik beratkan penampilan dan menjaga bentuk tubuh badan dengan rajin ke gimnasium sekalipun sepanjang bulan puasa, terpaksa tunduk kepada selera apabila aneka juadah membuka selera terhidang di depan mata.“Segala juadah dan lauk pauk yang dimasak oleh emak semuanya sedap belaka. Saya suka nasi impit dimakan dengan kuah kacang dan rendang ayam air tangan emak,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.288704 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list