|
Pendapatan suku pertama didorong prestasi harga minyak duniaKEUNTUNGAN sebelum cukai syarikat minyak nasional, PETRONAS melonjak hampir 45 peratus kepada RM30.9 bilion pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011 berbanding RM21.4 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya, didorong kedudukan harga minyak yang lebih kukuh.\n\n\n\n Prestasi memberangsangkan itu turut didorong peningkatan pendapatan sebanyak 24.6 peratus kepada RM72.97 bilion berbanding RM58.55 bilion yang diraihnya pada suku sama tahun sebelumnya. \n\n\n\n\n\n Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata bagaimanapun kumpulan menjangka bakal berdepan persekitaran perniagaan yang lebih perlahan sehingga tahun depan ekoran suasana ekonomi yang tidak menentu khususnya di kalangan negara maju.Susulan itu PETRONAS, katanya, mengunjurkan keuntungan sebelum cukainya untuk seluruh tahun kewangan semasa berada antara RM60 bilion hingga RM70 bilion, meskipun mencatatkan prestasi kukuh pada suku pertama lalu.“Persekitaran ekonomi semasa akan mempengaruhi permintaan ke atas minyak mentah dan harga bahan bakar yang mana pada permulaan suku kedua lalu, terdapat petunjuk bahawa kita akan menyaksikan suasana ekonomi lebih perlahan sehingga tahun depan.“Kumpulan mencatatkan prestasi baik pada suku pertama lalu namun kegembiraan itu dirasakan sudah berakhir,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan suku pertama PETRONAS 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\nPETRONAS akan melalui tahun kewangan selama sembilan bulan tahun ini kerana menukar tahun kewangannya yang sebelum ini berakhir pada 30 Mac kepada 31 Disember bermula tahun depan.Untuk tempoh sembilan bulan tahun kewangan sebelumnya, PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM60 bilion.Shamsul Azhar berkata, pada suku pertama lalu, Petronas mencatatkan prestasi kewangan yang baik berdasarkan harga purata minyak mentah AS$122.26 setong berbanding AS$76.14 setong pada suku sebelumnya.“Kami menjangkakan harga minyak mentah akan berlegar antara AS$80 hingga AS$85 setong sehingga tahun depan dengan mengambil kira perkara asas saja, tidak termasuk faktor luaran lain contohnya ketegangan di negara pengeluar minyak,” katanya.Sementara itu, beliau berkata, bekalan gas kepada pengguna domestik dijangka semakin mengecil berikutan penutupan beberapa kemudahan pengeluaran gas bagi tujuan penyelenggaraan.“Begitu pun, langkah kerajaan untuk menarik subsidi secara berperingkat akan membantu mengurangkan tekanan ke atas permintaan,” katanya.Mengenai rancangan pengambilalihan, Shamsul Azhar berkata, PETRONAS tidak menetapkan sebarang rancangan untuk berbuat demikian pada tahun ini, namun jika peluang berbuat demikian ada ia sudah pasti akan melaksanakannya.“Kami meninjau peluang dalam bidang penemuan gas dan lapangan minyak bukan konvensional. Pengambilalihan hanya akan menjadi kenyataan jika harganya sesuai,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|