CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Saif terus lawan, Saadi sedia menyerah

[Copy link]
Post time 2-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Anak Muammar Gaddafi berbeza pendirian ketika dunia sokong pemerintah baru LibyaTRIPOLI: Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam dan Saadi berbeza pendirian terus melawan rejim baru atau menyerah diri ketika dunia menyatakan sokongan kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) untuk membentuk pentadbiran di negara Afrika Utara itu, semalam.\rSaif memberitahu televisyen Syria, al-Rai bahawa dia dan bapanya sihat serta berikrar bahawa mereka akan meneruskan perjuangan dengan menawan semula Tripoli.\r\n\n\n\n\r“Kami akan mati di negara ini. Tiada siapa akan serah diri. Kami mesti terus lawan siang dan malam hingga tanah air bersih daripada samseng dan pengkhianat.\r\r\n\n\n\n\n“Kami mahu beritahu rakyat bahawa kami terus mengorak langkah berjuang dan pemimpin tentera dalam keadaan baik.”\rBagaimanapun, adik Saif, Saadi yang juga bekas pemain bola sepak, memberi maklum balas berbeza ketika ditemuramah televisyen Arab Saudi, al-Arabiya apabila menyuarakan kesediaan berunding dengan rejim baru.\r“Saya sedia menyerah diri jika tindakan itu menamatkan pertumpahan darah tetapi saya tidak hanya mewakili diri sendiri dan bagi mencapai penyelesaian secara aman krisis ini, kita perlu duduk semeja untuk berunding. Perkara paling utama ialah menghentikan pertumpahan darah.”\rGaddafi dilaporkan lari ke Bani Walid, 150 kilometer ke tenggara Tripoli bersama Saif dan ketua perisikan, Abdullah al-Senoussi, tiga hari selepas Tripoli ditawan pemberontak. Bani Walid dikuasai puak Warfalla yang berpengaruh tetapi tidak pro-Gaddafi.\r\n\n\n\n\rAngkatan bersenjata NTC minggu ini menyatakan mereka berada 30 kilometer dari Bani Walid. NTC juga memberi kata dua kepada penyokong Gaddafi di Sirte menyerah diri atau menghadapi serangan.\rRussia menjadi antara negara terbaru mengiktiraf NTC sebagai pemerintah baru Libya ketika satu sidang antarabangsa diadakan di Paris bagi menyelaras aspek politik dan pembinaan semula ekonomi negara itu 42 tahun selepas Gaddafi menggulingkan Raja Idris pada 1969.\rKetika persidangan itu memberi tumpuan kepada usaha membina semula Libya, ada juga peserta yang merebut kontrak selepas perang meliputi sektor minyak dan gas.\rMac lalu, Russia berkecuali daripada undian di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan campur tangan asing di Libya.\rTetapi, Moscow kemudian menuduh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bertindak di luar mandat untuk melindungi orang awam dan memihak kepada pemberontak.\rAda pihak di Libya membayangkan rejim baru akan mengetepikan Russia dan China dan memberi kontrak kepada peneraju campur tangan termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Qatar.\rNTC dijangka mendesak langkah segera dari negara Barat supaya menamatkan pembekuan aset Libya menerusi sekatan PBB.\rAmerika dan Britain mendapat keizinan PBB untuk menamatkan pembekuan AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) aset  Libya manakala Perancis dibenarkan menyerahkan 1.5 bilion euro (RM6.48 bilion) daripada nilai keseluruhan 7.6 bilion euro.  –  Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.623459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list